fbpx

Nota Minda | Kuasai Pengurusan Masa Peribadi

Alhamdulillah. Kita kini berada di Hari Raya ke-5 di bulan Syawal. Semoga amalan kita di bulan ramadan yang lalu diterima oleh Allah s.w.t

Baiklah. Hari ini saya hendak berkongsi tentang pengurusan masa. Walaupun pengurusan masa saya memang teruk. Namun saya sentiasa cuba perbaikinya.

Orang bijak pandai berkata “Cara kita menguruskan masa menentukan bagaimana kita melalui sesuatu hari itu.” Orang-orang yang berjaya tahu untuk mencapai KEJAYAAN, mereka perlu menguasai pengurusan masa mereka.

Time-Management

BELAJARLAH PENGURUSAN MASA PERIBADI

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.” (Surah Al-Asr 103:1-3).

Namun sayangnya ialah, Ramai orang yang “KEMISKINAN MASA”. Jangan sangka miskin harta sahaja yang ada di dunia ini. Miskin masa pun ada. Maksudnya ialah, Orang yang bekerja perlu lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat. Makin kuat bekerja, makin terbeban mereka rasa. Apabila keadaan ini makin parah. Kita mula menyalahkan orang sekeliling kita daripada mengutamakan perkara yang sepatutnya kita fokus.

Orang yang HEBAT tahu, pengurusan masa bermula dengan diri kita. Ianya bermula dengan cara kita berfikir akan apa yang perlu didahulukan. Apakah NILAI yang kita mahu  cipta ? Apakah fokus utama kita untuk hari ini ? Apakah kerja yang kalau kita lakukan memberi NILAI yang besar dalam hidup kita dan orang lain ?

Untuk lakukan perkara ini, Tentukan dahulu MATLAMAT anda!! Bayangkan anda tidak mempunyai halangan di dalam hidup ini. Bayangkan anda mempunyai masa, duit, rangkaian untuk dihubungi, pengaruh dan peluang yang secukupnya. Bayangkan diri anda mempunyai kuasa untuk lakukan semua ini. Lagipun, orang-orang HEBAT sentiasa membenarkan diri mereka untuk bercita-cita BESAR sebelum mereka mengejar dan mencapai impian mereka.

Jika anda sudah berkahwin. Duduk dan berbincanglah dengan pasangan anda untuk tentukan apakah impian dan kerja yang mahu dicapai atau dilaksanakan untuk hari ini atau esoknya. Saya sentiasa berbincang dan berkomunikasi dengan isteri saya (walaupun baru kahwin (^_^) ) untuk tentukan apa yang mahu di lakukan esok hari sebelum tidur. Susunlah jadual anda bersama dari pagi hingga malam akan apa yang mahu dilakukan.

time-management

FOKUS KEPADA 3 MATLAMAT 

Matlamat terbahagi kepada 3 bahagian.

1. MATLAMAT KELUARGA & PERIBADI. Inilah sebab utama mengapa kita bekerja dengan kuat, berkahwin dan berkeluarga. Inilah juga sebab mengapa kita risau apabila duit tidak cukup. 😛

2. MATLAMAT KERJAYA. Ini adalah matlamat berkenaan “Bagaimana“. Maksudnya, bagaimana kita mahu capai tangga kerjaya yang lebih hebat. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan ? Buka Syarikat ? Bekerjasama dengan Pesaing ? Mencipta Peluang Baru ? Apakah kemahiran yang perlu kita miliki untuk jadi lebih hebat ?

3. MATLAMAT PEMBANGUNAN DIRI. Ini merupakan matlamat yang saya fikir sangat penting juga. Ramai yang tidak mempunyai matlamat untuk pembangunan diri. Mereka hanya fikirkan untuk keluarga dan kerjaya sahaja. Namun lupa untuk membangunkan diri mereka. Ingat!!! untuk jadi hebat di luar. Kita perlu hebat di dalam dahulu. Ya!!! dalam diri dahulu. Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk membangunkan diri ialah : Hadiri program-program motivasi atau seminar yang berkonsepkan membuka minda, Mendengar tazkirah atau ceramah di T.V atau Radio, Menghadiri kursus kemahiran, berkawan dengan mereka yang berjaya, berfikiran positif.

Kejayaan sebenar ialah apabila kita dapat membangunkan diri kita untuk mencapai apa-apa sahaja yang kita mahu.

Seperti mana terdapat di dalam islam :

PERTAMA : Jihad  ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan.

KEDUA :  Jihad Kecil, iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

akhir kata, semoga pengurusan masa anda dan saya semakin baik dari hari ke hari. Terima kasih sudi membaca artikel saya ini. Sekiranya artikel ini bermanfaat. Sudilah kiranya anda kongsikan dengan rakan-rakan anda atau tinggalkan komen anda di bawah ini. (^_^)

Selamat Hari Raya semua… (^_^)

Syed Faizal S. Rahman @ 2013

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.