fbpx

Nota Minda : Kuasai ilmu

Assalamu’alaikum semua.. apa khabar…

Hidup di zaman sekarang ini memerlukan kita untuk kuasai ilmu. Tidak ada manusia yang maju tanpa ilmu. Ilmu tidak semestinya ilmu akademik sahaja. Ianya termasuk ilmu kehidupan.

Untuk maju di dalam sesebuah bidang. Kita perlu kuasai ilmu. Untuk kuasai ilmu pula ada beberapa cara. Antara cara yang paling praktikal ialah dengan memiliki mentor.

Sebagai contoh, jika anda berminat untuk berjaya dalam bidang hartanah. Anda boleh belajar dari Jutawan Azizi Ali.

Jika anda ingin menjadi seorang yang berjaya dalam bidang internet. Anda boleh belajar dari mentor seperti Irfan Khairi.

 

 

 

 

Bagi saya salah seorang mentor dalam bidang yang saya ceburi ini ialah Osman Affan.

 

Dengan mempunyai mentor. Kita boleh kuasai ilmu dengan menjadi anak murid secara “Direct” atau “Indirect” dengan mereka.

Berikut beberapa petua untuk anda dapatkan mentor :

1. Apakah aktiviti/kerja yang paling saya minat lakukan ?

2. Dari mana saya mendapat pendapatan yang banyak ?

3. Siapakah yang lakukan aktiviti/kerja yang sama seperti saya ?

4. Adakah mereka mempunyai blog/laman web/facebook ?

Setelah anda menjawab empat soalan di atas. Saya percaya kini anda tentu tahu untuk mencari mentor atau contoh role-model selepas ini.

Selamat maju semua….. ^_^

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.