fbpx

Nota Minda : Good Choices vs Right Choice

Salam sya’aban buat teman-teman semua. Harap sihat-sihat pada malam ini.  Malam ini saya ingin berkongsi dengan kalian tentang Good & Right Choices.

Ramai dari kalangan kita rupanya belum jelas berkenaan Baik dan Terbaik. Dalam erti kata yang lebih jelas ialah antara Good Choices dan Right Choices.

Dalam hidup ini semua orang ialah GOOD people. Namun belum tentu semua orang akan jadi RIGHT people bagi kita.

Semua jenama produk di luar sana adalah GOOD product. Namun belum tentu semua produk itu RIGHT product bagi kita.

Bagi seorang pelajar. Semua Teknik Belajar di luar sana adalah GOOD Technique. Namun belum tentu semua teknik-teknik tersebut RIGHT Technique bagi kita.

Begitulah hidup ini wahai teman-teman sekalian. Fitrahnya… alam ini diciptakan dengan GOOD things. Namun belum tentu semuanya RIGHT things bagi kita. Kitalah yang perlu melakukan pilihan yang bijak (menggunakan akal & hati) dengan melaksanakan RIGHT choices untuk diri kita.

Namun sayang juga, ramai dari kalangan kita melakukan WRONG choices lalu menghukum perkara-perkara yang kita pilih. Walhal kita yang bersalah. Tanpa sedari kita memletakkan kesalahan pada orang lain. Saya lihat orang-orang yang berjaya, mereka sentiasa melakukan RIGHT choices dan RIGHT mind thinking.

Corak pemikiran yang betul akan mendorong kita untuk melakukan RIGHT decision. Dengan RIGHT decision. Kita akan menuju ke arah jalan yang betul.

Ahad lepas, saya telah hadiri Program Motivasi bersama Prof. Dr. Kader Ibrahim. Antara topik yang dikongsikan oleh beliau ialah berkenaan Positive Thinking and Right Thinking. Antara isu yang beliau bincangkan ialah berkenaan GOOD and RIGHT.

Maka memang benarlah, hidup ini merupakan BAIK. Cumanya kerana otak dan hati kita yang tidak didedahkan dengan RIGHT Thinking, kita mula melihat segala macam perkara-perkara negatif … lalu perkara negatif yang diperbesarkan.

Mulalah lihat kehidupan ini sebagai suatu yang Good things. Jika anda melakukannya  dan melaluinya dengan betul. It is RIGHT for you. Jika ianya tidak betul. Anggaplah ia sebagai GOOD sahaja. Bukan BAD/NEGATIF!!!…

Akhir kata, selamat menjalani hidup ini dengan pilihan-pilihan yang RIGHT!!! dalam kerjaya baru anda!! Semester baru anda!! perkahwinan anda!! hubungan anda!!!

salam kejayaan buat teman-teman semua….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.