fbpx

Nota Minda : Fikiran Positif Membuka Peluang

Alhamdulillah, dapat saya berkongsi lagi tulisan saya bersama saudara saudari sekalian hari ini. Saya baru sahaja selesai menjalankan Bengkel SmartStudy™ Skor-Sejarah di Pusat Motivasi Osman Affan SmartStudy™ Kuala Lumpur.

Seronok bantu memahamkan para pelajar dengan teknik-teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka. (^_^)

Baiklah, seperti mana kita tahu, FIKIRAN POSITIF amatlah penting di dalam kehidupan seharian kita. Manusia yang berfikiran positif akan sentiasa maju ke hadapan. Ini kerana dia tahu peluang untuk dia mencipta “VALUE” pada diri dia dan orang lain sentiasa terbuka dan boleh dicuba.

Saya juga sentiasa perhatikan manusia yang berfikiran negatif. Mereka ini kadang-kadang terperangkap dengan buah fikiran mereka sendiri. Setiap perkara yang dilakukan seolah-olah memberikan hasil yang buruk sahaja. Bagaimana mahu maju di dalam hidup jika berfikiran seperti ini ?

Mari saya berikan satu situasi kepada anda. Bayangkan kita menaikki sebuah kapal terbang dan sewaktu dalam penerbangan, tiba-tiba enjin kapal terbang tersebut berfungsi dengan kurang baik.

Adakah kita mahu juruterbang memberitahu “Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedang menhadapi sedikit masalah. Harap bawa bertenang. Kami akan selesaikan masalah ini.” (Positif)

atau mahu juruterbang itu berlari keluar dari ruang utama sambil menjerit

Habislah kita semua… kita akan mati kejap lagi.” (Negatif)

Saya percaya tentu kita mahukan yang pertama tadi. Berfikiran positif bukanlah jaminan untuk selesai sesuatu masalah. Namun ia merupakan “Pembuka Pintu” kepada peluang yang lebih baik.

Oleh itu, berfikiran positiflah sahabat sekalian.

-Syed Faizal @ Nota Minda 2013-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.