fbpx

Nota Minda : Cipta Imej Kejayaan

Salam Ramadhan adik-adik dan saudara-saudari sekalian, Harap ramadhan ke-5 ini berjalan dengan baik.

Perkongsian saya kali ini ialah berkenaan mencipta imej kejayaan.

Ramai dari kalangan kita terbelenggu dengan imej kegagalan yang tercipta hasil pengalaman kegagalan kita yang lepas. Ini berlaku kerana sewaktu percubaan pertama kita. Kita gagal. Lalu kegagalan itu terus tersemat dengan kukuh di dalam minda dan hati kita.

Sebagai contoh, sebagai pelajar kita mungkin gagal dalam peperiksaan. Akibat daripada kegagalan itu kita terus mengekalkan imej kegagalan itu di dalam minda kita. Sedangkan kita mempunyai potensi yang sama untuk berjaya seperti insan lain. Cumanya mungkin usaha kita tidak lebih. Mungkin teknik yang digunakan tidak betul. Mungkin strategi yang kita susun salah.

Untuk mencipta imej kejayaan. Apa yang boleh dilakukan ialah penuhi minda separa sedar dengan pemikiran dan imej baru. Contohnya dengan melafazkan pada diri sendiri seperti berikut :

1. Saya pelajar yang cemerlang. Saya perlu gandakan usaha saya!!!

2. Saya mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas!!!

3. Saya seorang individu yang sangat disenangi oleh rakan-rakan saya!!

Lafazkan perkara seperti di atas beberapa kali sambil membayangkan secara visual di dalam minda kita. Rasakannya!!!

Teknik ini dinamakan ikrar. Ia adalah satu kenyataan ikrar yang menerangkan matlamat sudah tercapai.

Mari kita lihat contoh yang digunakan oleh JIM CARREY seorang pelakon Hollywood :

“Saya percayakan keajaiban. Sebelum saya mendapat sebarang tawaran berlakon di dalam bandar ini, saya memandu kereta naik ke puncak Mulholland Drive setiap malam. Saya melemparkan pandangan ke kota nun di bawah sana, mendepangkan tangan dan berkata, ” Semua orang mahu bekerja dengan saya. Saya aktor yang bagus. Saya mendapat pelbagai jenis tawaran berlakon filem yang hebat.” Saya mengulang-ulang kata-kata ini sehingga saya yakin yang saya sedang berlakon dalam beberapa buah filem. Ketika turun dari bukit itu, saya sudah bersedia menawan dunia lakonan dan berkata, “Tawaran berlakon buat saya ada di luar sana. Saya hanya belum mendengarnya lagi. Ia seolah-olah seperti sebuah ikrar sepenuh jiwa raga, penawar bagi semua perkara yang disemai oleh keluarga saya.” – Jim Carrey, Aktor.

 

Adik-adik dan saudara-saudari sekalian. Teknik ini dinamakan teknik ikrar. Cubalah ia!!   Pastinya sedikit sebanyak dapat membantu kita MENCIPTA IMEJ KEJAYAAN!! dengan izin ALLAH s.w.t (^_^)

Percaya tidak percaya. Teknik inilah juga saya gunakan sejak 2 tahun lepas. Saya membayangkan diri saya sedang bernasyid di hadapan khalayak ramai. Setiap kali saya mendengar lagu nasyid. Saya membayangkan diri saya sedang mengalunkan kalimah-kalimah Allah di hadapan orang ramai.

Syukur… saya berjaya membuktikannya. Tidak kurang juga saya membayangkan diri saya sedang menjalani rakaman video klip bagi lagu nasyid.

 

Syukur!!! ikrar ini juga menjadi kenyataan. Jika saya boleh!!! dengan izin Allah. Mengapa tidak anda!!! Bukankah kita sama!!

Cubalah teknik ini!!!

Salam imej kejayaan dari saya. Syed Faizal S. Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.