fbpx

Nota Minda : Bersyukur untuk menjadi Sukses !!

21, Februari 2013. Jam ketika ini menunjukkan 12.30 pagi. Saat ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang sebuah rahsia untuk menjadi sukses bersama anda.

Saudara-saudari sekalian, pernahkah anda terfikir… jika benar bersyukur itu mudah. Mengapa jarang kita lihat golongan manusia yang bersyukur. Bukankah senang sahaja untuk bersyukur. Contohnya, mengucapkan “Terima Kasih.”

Kita jarang bersyukur sehinggalah kita kehilangan apa yang ada. Dalam erti kata lain, apabila nikmat yang diberi diambil semula oleh Allah. Barulah kita rasa harga kehilangan nikmat tersebut.

Maka benarlah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran yang berbunyi lebih kurang seperti ini :

Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Saudara-saudari sekalian, tahukah anda dengan BERSYUKUR kita sebenarnya menarik lagi rezeki ke arah kita….  Ramai manusia yang selalu tidak bersyukur ini hanya fokus pada masalah. Apabila minda kita fokus pada masalah. Kita sebenarnya sedang menarik masalah-masalah lain ke arah kita juga. Lama-kelamaan, masalah besar pula akan tiba. Jika anda tidak percaya. Pernah tak suatu pagi timbul satu masalah pada diri anda. Kemudian sedar tidak sedar sehingga ke petang pun bertimpa-timpa kita mendapat masalah. Pelik bukan ?

Di sinilah letakkan konsep SYUKUR dan kuasa fokus minda untuk kita menjadi sukses. Mengapa orang kaya semakin kaya dan orang miskin sentiasa berada di takuk yang lama. Mungkin boleh jadi kerana orang kaya fokus pada kejayaan dan orang yang kurang berjaya dari perspektif kewangan hanya fokus pada masalah dan halangan sahaja.

Jadi untuk berjaya dan menjadi sukses dalam kewangan, kerjaya atau pelajaran anda. BERSYUKURLAH dan fokus pada kejayaan yang akan anda cipta.

Apabila anda memberi tumpuan kepada kelebihan yang anda ada, anda meletakkan diri anda ke dalam keadaan emosi kebahagiaan. Bukan sahaja ini membuat anda merasa baik, ia memulakan kesan penyembuhan pada badan fizikal anda. Otak Kiri (pra-frontal korteks) anda diaktifkan dan hormon positif seperti Serotonin dirembeskan ke dalam badan anda. Serotonin adalah ‘hormon gembira‘ yang meningkatkan mood anda. Semulajadi ini ‘dadah’ meningkatkan kesihatan fizikal anda dengan mengukuhkan sistem imun anda!

Ahli Psikologi, Dr Robert Emmons dari Universiti California, Davis dan Dr Michael McCullough dari Universiti Miami, telah ditemui semasa Projek Penyelidikan yang berterusan mereka lakukan pada Syukur dan Kesyukuran bahawa orang-orang yang menyimpan jurnal kesyukuran mingguan mempunyai masalah kesihatan yang kurang, mempunyai lebih optimistik pandangan terhadap kehidupan, dan lebih cenderung untuk mencapai matlamat mereka.

Saya fikir kajian ini memang benar. Pernah berlaku pada saya suatu ketika di mana saya perlu jalankan ceramah di UiTM Melaka selama 1 hari kemudian esoknya pula di Klang. satu hari di sini bermaksud pagi hingga malam. Bayangkan berapa jam saya perlu berdiri dan berceramah. Tidak kurang juga aksi-aksi yang perlu saya lakukan bersama audien saya.

Ditakdirkan pada malam tersebut saya demam. Sewaktu tidur, badan saya mengigil kesejukan. Namun sebelum tidur saya fokus pada keseronokan yang akan saya lalui esok bersama audien saya nanti dan saya bersyukur (niat di hati) kerana masih mampu dan diberi kekuatan untuk bekerjaya seperti ini.

Percaya tidak percaya. Alhamdulillah, keesokkan harinya selepas saya menamatkan ceramah saya. Sewaktu di dalam perjalanan pulang ke rumah. Baru saya sedari rupa-rupanya demam saya sudah hilang…. MasyaALLAH!!!

Mungkin inilah maksud Allah s.w.t di dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan;Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Formula Sukses : Bersyukur + Fokus pada Kejayaan (positif) + Bersyukur = SUKSES.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.