fbpx

Nota Minda : Belajar dengan Gaya SmartStudy

Salam Bulan Rejab buat adik-adik  dan kenalan semua. Apa khabar ? Harap sihat-sihat belaka. Sempena bulan rejab ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi doa ini. Mohon baca & doa sama-sama sambil meneruskan bacaan perkongsian artikel saya ini. (^_^)

Saya percaya, kita biasa dengar kata pepatah “Work Hard.” Tidak kurang juga orang di sekeliling kita sentiasa menyuruh kita “Jangan malas!!! Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh (Study Hard)”

Tentu menyakitkan telinga dan hati kita bukan? …. Memang ada benar kata-kata ini. Namun adakah dengan kerja keras semata-mata kita akan berjaya. Fikir-fikirkan teman-teman semua.

Pernah tak kita belajar semalaman tidak tidur. Kemudian menduduki ujian kecil di sekolah atau kuiz di kolej/universiti. Namun tidak juga lulus. Jadi rasanya bekerja keras adakah berbaloi.

Saya lebih percaya kita perlu Study Smart (bagi pelajar) Work Smart (bagi pekerja).

Kisah 2 orang PEMBALAK.

Dikisahkan 2 orang pembalak mengambil bahagian di dalam pertandingan pemotongan pokok. Kedua-dua pembalak ini kuat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan ini.

Pembalak pertama ini bermula dengan sungguh rajin serta tidak makan apabila tiba waktu rehat (berhenti minum pagi,makan tengahari,minum petang). Pembalak kedua pula bermula dengan bersungguh-sungguh juga namun agak tenang sedikit. Pembalak kedua juga kelihatan rileks. Apabila tiba waktu rehat. Dia akan berhenti dan menikmati makan minumnya.

Apabila tiba di penghujung pertandingan. Didapati pembalak kedua yang memenangi pertandingan ini. Pembalak pertama berasa sangat tidak puas hati. Beliau merasakan pertandingan ini tidak adil. Mana tidaknya. Dia siap tidak makan minum lagi untuk menang. Tapi dia pula kalah. Untuk itu, pembalak pertama menghampiri pembalak kedua dan bertanya kepadanya

“Saya tidak faham… saya bekerja keras untuk potong balak-balak di laluan saya. Saya juga tidak makan minum apabila tiba waktu rehat. Kamu pula sempat berehat. Tapi kamu pula menang. Ini tidak adil!!! apa silap saya?”

Pembalak kedua menjawab sambil tersenyum… “Saya menajamkan KAPAK saya semasa saya berehat sambil menikmati makan minum saya.”

Sahabat-sahabat semua… dari kisah ini… apa yang saya dapat simpulkan ialah kita perlu Work Smart atau Study Smart… bukan sekadar work hard sahaja. (^_^)

Bagi pelajar… Belajarlah dengan gaya SMARTSTUDY… (^_^)

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.