fbpx

Nota Hati : Tangan Atas itu Lebih Baik

Abdul Razak melaporkan hadith daripada Said bin Musayyab yang menceritakan, Rasullullah s.a.w memberi bahagian harta rampasan Perang Hunain kepada Hakim bin Hizam. Namun, Hakim bin Hizam menganggap pemberian itu terlalu sedikit. Kemudian Baginda menambah, lalu Hakim berkata “Wahai Rasullullah, manakah pemberian Tuan yang lebih baik?”

Pemberian aku yang pertama.” jawab Rasullullah s.a.w.

Kemudian, Rasullullah s.a.w menerangkan, “Wahai Hakim bin Hizam, harta ini adalah tanaman yang manis. Sesiapa yang mengambil tanaman itu dengan murah hati dan memakannya dengan baik. Harta itu menjadi  berkat untuknya. Sesiapa yang mengambil tanaman itu dengan jiwa yang tamak dan memakannya dengan buruk, harta itu tidak menjadi berkat untuknya. Sekiranya memakan tanaman itu, dia tidak berasa kenyang. Sesungguhnya tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.”

Hakim bersumpah, “Demi zat yang mengutus kamu dengan sebenar-benarnya, aku tidak akan menerima apa-apa pun selepas Tuan selama-lamanya.”

Hakim tidak menerima pemberian apa-apa pun sehingga beliau meninggal dunia. Saidina Umar Al-Khattab r.a. berkata, “Ya Allah aku bersaksi kepada kamu atas Hakim bin Hizam, aku memberikan haknya atas harta ini. Namun, dia menolak lalu berkata, “Demi Allah, aku tidak akan menerima apa-apa pun daripada kamu, tidak juga daripada orang selain daripada kamu.”

sedekah2

Nota : Daripada kisah di atas kita dapat pelajari. Janganlah tamak apabila menerima pemberian orang. Dan yang paling penting. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada menerima.

© SyedFaizal | 2013

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.