fbpx

Nota Hati : Tanda Hati Sakit

Sepertimana yang kita tahu, hati adalah sumber atau tempat kita menerima hidayah Allah. Hati kita perlu sihat supaya apa-apa hidayah yang diberikan oleh Allah s.w.t mudah diterima dan seterusnya taat dalam melakukannya.

Namun apabila hati kita berada dalam keadaan sakit. Kita akan mula mengelak untuk melakukan amal ibadah kepada-NYA. Antara tanda-tanda hati sakit ialah :

1. On Off dalam melakukan kebaikkan dan amal soleh.

Terutamanya untuk melaksanakan ibadah. Sikap on off dalam melakukan kebaikkan ialah antara tanda hati sedang sakit. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Mula memandang ringan ayat-ayat suci al-Quran

Apabila kita sudah mula memandang ringan ayat-ayat Allah. Hati kita mungkin sedang sakit. Bukankah Allah S.W.T memberikan peringatan :

 “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku.”(Surah Qaf, ayat 45)

3. Cinta Dunia melebihi Cinta Akhirat

Apabila hati mula terisi dengan kesukaan dunia berbanding akhirat. Maka hati kita akan mula meronta. Ini kerana sifat hati secara fitrahnya menginginkan Kecintaan terhadap Akhirat.

Semoga kita dapat menjauhi tanda-tanda hati sakit ini.

Qalbu Development | Membangun Potensi Diri Dengan Sunnah Rasullullah s.a.w
Hati | Akal | Jasad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.