fbpx

Nota Hati : Syukur itu Kaya

Ada orang yang kaya harta. Ada juga orang yang kaya jiwa. Pesan Rasullullah s.a.w :

 “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” - Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya

Bagi mereka yang kaya jiwa sebenarnya terbit dari rasa syukur dalam diri mereka. Ini kerana syukur itu letaknya di hati. Orang yang tidak bersyukur hakikatnya mereka buta mata hati. Mereka tidak dapat merasakan dan melihat nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

 

Bagi menjadi insan yang kaya jiwa. Bersyukurlah… Mari kita amalkan tips-tips berikut :

1. Tetap “BERSYUKUR” walaupun nikmat kecil.

Ingatlah… walau sekecil manapun nikmat yang Allah berikan. Bersyukurlah… boleh jadi nikmat tersebut ialah kelapangan masa, pasangan hidup, kebahagiaan bersama keluarga, kereta, kewangan, perhubungan masyarakat. Semua ini kita tetap perlu bersyukur.

2. Memuji dengan ucapan “ALHAMDULILLAH” (^_^)

Pujilah Allah setiap masa… Setiap waktu. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan orang yang bersyukur.

 

 

3. Dekatkan diri dengan “MASJID

Orang yang dekat dengan rumah Allah. Allah juga akan dekat dengannya. Cubalah. Anda akan rasakannya di dalam hati anda sendiri. Bagi kaum wanita pula. Dekatkan diri dengan Al-Quran dan ruang solat di rumah anda. (^_^)

Akhir kata Allah berfirman di dalam Surah Al-A’raf ayat 10 yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami (ALLAH) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami adakan di muka bumi (sumber atau jalan) penghidupan.Dan amatlah sedikit kamu bersyukur."

saya doakan diri saya dan sahabat-sahabat semua tergolong di dalam golongan yang sedikit ini. Golongan yang sedikit… yang BERSYUKUR

Salam syukur dari saya….

-Bersyukurlah kerana Syurga itu ada-

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.