fbpx

Nota Hati : Remaja Suburkan Hatimu

Salam Ramadhan ke – 18 para pembaca semua… terutamanya adik-adik yang sentiasa sudi membaca ruangan abg syed ini. Apa khabar semua. Puasa tak ? (^_^) Moga-moga puasa kalian berjalan dengan baik dan mendapat keredhaan-NYA

artikel saya kali ini membicarakan tentang REMAJA. Satu golongan masyarakat yang sering dikaitkan dengan tidak ketentuan hala tuju hidup, keseronokkan dan keliaran.

Namun saya percaya tidak semua remaja begitu. Ada sahaja remaja yang mempunyai disiplin hidup dan mempunyai batas-batas tertentu dalam berhibur. Saya percaya masih ada remaja yang mempunyai visi dan misi untuk mereka capai dalam hidup ini.

Wahai adik-adik sekalian, Ingatlah pada pesan nabi s.a.w :

“Kejarlah 5 sebelum 5. Masa muda sebelum tibanya masa tua.”                                                                                                              (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

1400 tahun dahulu lagi nabi sudah memberi nasihat ini kepada umatnya. Seharusnya kita sebagai remaja yang masih muda perlu jadikan ini sebagai satu pedoman dalam hidup kita.

Saya sedih melihat para ibubapa masa kini yang sibuk menyuruh anak-anak mereka mengejar cita-cita anak mereka untuk menjadi doktor, jurutera, usahawan, saintis dan seribu satu macam kerja lain. Namun tidak ramai ibubapa yang menanam Risalah Keimanan dalam diri anak-anak mereka yang kemudiannya akan menjadi remaja kelak.

Keimananlah yang akan mampu mencorakkan segala tindakan para remaja kelak. Hal ini telah dibuktikan dalam kisah Sultan Al-Fatih pada usia seawal 23 tahun telah merampas semula Konstantinopel yang amat kukuh pada waktu itu. Sekaligus mengotakan kata-kata nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang berbunyi :

“Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Didikan yang diberikan kepada hati beliau membuatkan hatinya subur dengan keimanan.

Bagaimana dengan kita yang remaja kini. Sudahkan kita menyuburkan hati kita dengan risalah keimanan wahai adik-adik sekalian.

Fikir-fikirkanlah. Berfikirlah walaupun satu saat demi agama mu daripada beribadah 70 tahun tanpa berfikir. Sesungguhnya itu lebih baik untuk diri mu.

Sempena ramadhan ini marilah kita suburkan hati kita dengan sebaik-baik ingatan kepada Allah & Rasul.

Berikut merupakan beberapa tips yang kita boleh amalkan :

  • Solat Sunat Dhuha pada pagi hari.

Solat ini boleh dilakukan 2 rakaat sahaja antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Lakukan secara konsisten. InsyaALLAH adik-adik pasti akan rasakan nikmatnya. Percayalah.

  • Membaca” Subhanallahi Wa Bihamdihi”

Rasulullah s.a.w  pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

  • Mendengar alunan Nasyid yang mendekatkan kita dengan Allah.

Jika nasyid tersebut melafazkan kalimah-kalimah Allah atau salam dan selawat kepada baginda. Ikutlah sekali bersama sambil melafazkannya di lidah mahupun di hati. (^_^)

 

Dengarkan zikir Subhannallahi Wa bihamdihi oleh Hafiz Hamidun di sini :

http://www.youtube.com/watch?v=HeEgEvWXXAg

Zikir sollahtullah

Semoga hati mu disuburi dengan benih-benih keimanan wahai adik-adik ku sekalian. Salam Nota Hati dari Abg Syed… Salam….

Syed Faizal S. Rahman
SmartStudy Senior Trainer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.