fbpx

Nota Hati : Percaya pada Hati Mu

Assalamu’alaikum teman-teman semua. Apa khabar… Tentu anda menantikan apa maksud 18/40/60 yang saya postingkan tadi di facebook saya.

Baik begini kisahnya,

Juara tenis professional dan pemenang pingat emas sukan olimpik, Venus Williams pernah berkata :

“Kamu perlu percaya kepada diri sendiri walaupun tiada siapa yang percaya. Itulah yang menjadikan kamu juara.”

18/40/60 merupakan satu teori yang diperkenalkan oleh Dr. Daniel Amen. Menurut beliau, Semasa kita berumur 18 tahun kita risau memikirkan pendapat orang lain berkaitan tentang diri kita.

Apabila kita berumur 40 tahun, kita tidak peduli apa orang lain kata berkaitan tentang diri kita.

Apabila kita berumur 60tahun, baru kita sedar tiada siapa pun memikirkan hal kita.

Sememangnya ini satu kejutan. Selalunya tiada siapa pun memikirkan hal kita. Orang lain terlalu sibuk memikirkan kehidupan mereka. Inilah hakikatnya.

 

Oleh itu, usahlah terlalu peduli apa yang orang lain katakan. Sebagai contoh diri saya sendiri, suatu ketika dahulu terlalu memikirkan apa pandangan atau persepsi orang lain terhadap diri saya. Namun apabila saya mula mengenal pasti Suara Hati, Minat dan Bakat saya. Saya sudah tidak peduli akan orang lain.

Saya mula fokus dalam kerjaya dan cita-cita saya untuk mencapai kejayaan. Saya mula memahami untuk berjaya saya perlu percaya pada hati saya. Percaya pada suara hati saya. Minat yang timbul dari hati saya.

PERCAYALAH HATI MU sahabatku.. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.