fbpx

NOTA HATI : MALU itu sebahagian IMAN

 

Syarifah mengurung dirinya di bilik pejabatnya. Dia baru sahaja selesai bercakap dengan suaminya. Matanya menatap skrin Macbooknya yang menyala. Dia cuba memahami kenapa suaminya berperangai demikian. Orangnya baik, bermotivasi dan berpendidikan. Tetapi apabila mengajaknya untuk menemani Syarifah jawapannya tetap sama, “Saya malu.”

Oleh kerana masih dalam keadaan geram. Syariah pun SMS kepada suamnya “Nak minta teman Syarifah pun malu ke? Abg ni pandai berceramah depan orang ramai!! Tapi nak temankan isteri sendiri rasa malu!!! Menyesal Syarifah kahwin dengan abg.!!!”

Dahulu sebelum dia mengahwini Syed. Dia sering ke Saloon untuk berdandan dan singgah di butik untuk memilih baju yang bergaya untuk dirinya. Namun selepas berkahwin, dia memakai tudung demi mengikuti syarat suaminya. Syarifah menerima syarat tersebut sebagai penghijrahan dirinya ke arah yang baik. Semenjak dari hari itu dia tidak berpeluang ke saloon dan butik. Syed tidak bersedia untuk menemaninya ke situ. Alasannya sama sahaja, “Dia malu!”

 

 

Berkata Syarifah di dalam hatinya “Aku bukan berdandan untuk dedah pada orang lainpun. Sekadar nak puaskan hati aku je. Lama benar dah aku memendam untuk buat rambut kat saloon. Aduh!!” Hati Syarifah mengomel. Sambil beronline dia mencari maklumat di internet untuk mengubati penyakit malu suaminya. Antara fakta yang Syarifah menemui ialah :

Doktor Psikologi di Universiti California (UC) iaitu Berkeley Robb Willer berkata, “Penelitian yang dilaksanakan menyatakan malu merupakan satu tanda emosional yang menunjukkan seseorang itu boleh dipercayai. Seorang pemalu patut dipertimbangkan sebagai rakan kongsi terbaik di bidang perniagaan atau organisasi. Orang jenis ini juga ternyata lebih setia. Kajian menunjukkan bahawa seorang pemalu mempunyai tingkat monogaminya (setia dengan satu pasangan) lebih tinggi dibanding pemberani.”

Dalam kesibukan membaca maklumat ini di internet, telefon Syarifah berdering. “Entah siapa pula yang telefon ni. Nombor pemangil dirahsiakan.” Seorang wanita bersuara dan suaranya sebak seakan-akan baru selesai menangis. Katanya.

Puan…beruntung dapat suami seperti Syed. Sudah puas saya pujuk dia kahwin dengan saya. Dia menolak. Saya janda anak dua. Saya ada banyak harta. Saya cuma perlukan seorang lelaki sebaik dia. Sebelum ini saya telah berkahwin dengan lelaki yang bangsat, dia sering pukul dan tidak menghormati saya. Saya bercerai dengannya, saya temui Syed. Saya cuba yakinkan dia bahawa saya cuma mahukan dia. Bukan hartanya, dia menolak dengan alas an…dia malu.”

Syarifah tergamam. Dia kelu, buntu dan bisu. Rasa bersalah menyerbu jiwanya. Terasa amat besar dosanya kepada suaminya. Belum sempat Syarifah mencelah. Wanita itu menyambung lagi.

Katanya, “Kerana terlalu malu dan bimbang berhadapan dengan Allah di padang Masyar nanti, maka dia menolak lamaran saya dengan baik. Puan syarifah, awak perempuan yang beruntung. Jagalah suami puan dengan baik-baik.”

Selesai perbualan telefon tersebut. Syarifah mendapat SMS dari suaminya :

“Abang enggan ke butik dan saloon dengan Syarifah kerana sebahagian tukang guntingnya lelaki. Abang malu jika lelaki lain melihat rambut isteri abang. Butik pula banyak menjual pakaian yang nipis dan jarang kainnya. Maafkan abang.”

Berderai titisan air mata Syarifah… Berkata hatinya “Maafkan aku wahai suamiku.”

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.