Dalam mengejar cita-cita kita di setiap urusan harian kita. Kita harus tidak lupa menjaga amalan-amalan hati kita.
Setiap hari, bermula dari saat kita bangun dari tempat tidur kita hinggalah apabila tibanya waktu malam untuk kita merehatkan tubuh badan kita semula. Kita dipertontonkan dengan pelbagai ragam manusia dan dugaan dalam kehidupan seharian kita.
Mengapa amalan hati perlu diberi perhatian di sini?
Seorang ulama yang bernama Ahmad bin Hasd ditanya, amalan apakah yang paling afdhal, beliau menjawab:
“Apabila seseorang berusaha menjaga rahsianya, menjaga hati dan jiwanya agar tidak berpaling dari Allah S.W.T”
2. Selalu berusaha untuk menghadirkan rasa takut dalam berzikir kepada-Nya. 3. Mengkhusyu’kan hati kita pada saat mendengarkan ayat-ayat Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Anfal ayat 2. 4. Memberi kerana Allah dan menerima kerana Allah dari segala macam (Harta,Masa,Tenaga,Ucapan). 5. Berakhlak baik pada teman-teman, saudara-mara dan ibubapa. Selamat menjaga hati buat teman-teman semua….ingatlah Firman Allah ini : ” Hari Kiamat ialah hari dimana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.” (Asy-Syu’ara: 88-89)
0 Comments