fbpx

Nota Hati : Ingat Mati Hidupkan Hati !!!

Hari ini 11 Januari 2013, saya masih berada di Kuala Terengganu. Sebenarnya saya di sini selama 3 minggu untuk menjalankan Program Graduate Career Accelerated Programme (GCAP) di sini.

Oleh kerana, hari jumaat di Negeri Terengganu ialah hari cuti. Saya telah mengambil kesempatan ini untuk menziarahi kawasan perkuburan. Sewaktu sedang memandu berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu, saya teringat akan hadis nabi s.a.w seperti di bawah ini.

Diriwayatkan dari Umar Bin Khattab, ia berkata, “Ya Rasulullah, orang mukmin mana yang paling utama?” Rasulullah SAW menjawab, “Yang terbanyak mengingat kematian diantara mereka dan yang terbaik persiapannya dalam menghadapi kehidupan sesudahnya. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR. Ibnu Majah dan Malik).

Runtun jiwa saya apabila melihat kubur-kubur yang terdapat di situ. Ada yang mempunyai nama, ada yang tiada maklumat langsung. Ada seperti yang sudah lama terbiar. Ada juga arwah yang meninggal dalam lingkungan usia 30 – 40 tahun.

Bagaimanakah agaknya saya bila sudah tiada nanti…..

Moga aku akan selamat dunia dan akhirat… seperti Rasul dan Sahabat….

buat sahabat-sahabat semua… ingatlah dunia ini sementara dan bekalan untuk kita di sana nanti…. Selamat menghidupkan hati mu duhai sahabat…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.