fbpx

Nota Hati : Indikator Hati Sakit

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesiapa yang melakukan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan ¬†dalam keadaan yang beriman, sesungguhnya kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalasnya dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nahl 16 : 97)

Saudara saudari sekalian, firman Allah di atas sudah cukup untuk memberikan kita sedikit ketukan hati bahawa segala perkara yang kita lakukan dalam dunia ini pasti akan dibalas-NYA suatu hari nanti. Cuma antara cepat atau lambat kita tidak tahu.

Dalam menjalani kehidupan ini, kita perlu bersungguh-sungguh melakukan kebaikkan dengan hati yang sihat dan bersih. Namun adakalanya hati kita boleh sakit. Untuk mengetahui jika hati kita sedang sakit atau tidak mudah sahaja.

Berikut merupakan INDIKATOR HATI SAKIT :

1. Sifat Marah

  • Marah sifatnya api. Ramai orang binasa kerana sifat marah yang pada mulanya hanya sedikit tetapi menjadi lebih parah sehingga sanggup berbunuhan dan memutukan silaturrahim.

2. Riyak

  • Orang yang riyak akan menjadi malas dan tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerana Allah semata namun akan lakukan untuk menunjuk kepada manusia.

3. Hasad Dengki

  • Perasaan ini wujud apabila seseorang tidak berpuas hati dengan kejayaan, kegembiran atau kesenangan orang lain. Pelbagai perkara yang dibuat untuk menjatuhkan orang lain. Sifat hasad merosakkan sifat taat dan memperbanyakkan kejahatan lain pula.

 

Semoga kita dapat menjauhkan diri dari indikator-indikator ini. Sentiasalah “RE-CHECK” diri sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.