fbpx

Nota Hati : Dunia Belum Sampai Penghujungnya

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Tidak kurang juga ibubapa mereka yang mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak mereka.

Ketika mendapatkan keputusan SPM. Tentu ada wajah-wajah yang gembira dan tentu akan ada wajah yang berdukacita atau tidak berpuas hati. Itu semuanya bergantung kepada berapa banyak masa dan usaha yang telah pelajar-pelajar tabur dan lakukan sebelum berperang SPM pada tahun lepas.

Jika masa dan usaha yang dilakukan banyak dan tinggi. Tentulah keputusan SPM akan baik dan cemerlang.Jika tidak, keputusan SPM tentu kurang daripada itu. Hidup ini semuanya memerlukan pengorbanan dan usaha yang lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tidak ada sejarah dalam dunia manusia yang cemerlang dalam akademiknya tidak pernah berkorban masa, tenaga dan usahanya dalam menyemai ilmu di dada dan minda.

Persoalannya kini, adakah anda rasa dunia sudah sampai ke penghujungnya apabila melihat keputusan SPM yang tidak seberapa itu. Tentu anda rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri…kecewa tidak mampu gembira ibubapa…kecewa tidak dapat meneruskan cita-cita yang dirancang sebelum ini.

Berita baik yang saya ingin kongsikan di sini ialah...DUNIA BELUM SAMPAI PENGHUJUNGNYA (Dengan izin ALLAH). Adik-adik yang dikasihi. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah UBAH STRATEGI anda!!!

Jika sebelum ini cita-cita anda untuk menjadi DOKTOR dan keputusan SPM tidak memberansangkan. Usah risau. Ubah strategi. Masih ada peluang untuk melanjutkan diri ke peringkat STPM atau ke kolej. Jika tidak anda boleh ubah strategi dengan menjadi Guru, Akauntan, Usahawan. Jika tidak dapat jadi Doktor Perubatan. Jadi Doktor Falsafah pun boleh. Namun itu memerlukan anda untuk sampai ke tahap PhD. (^_^)

Pendek cerita, senang sahaja. Ubah Strategi anda untuk berjaya. Saya sendiri pun pernah Gagal SPM saya. Saya gagal hampir semua subjek dan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris saya peroleh C sahaja.

Namun saya tidak anggap itu sebagai penghujung dunia. Saya mengambil iktibar dari kesilapan saya lalu mengulangi kembali Peperiksaan SPM pada tahun berikutnya. Memang sakit dan pahit untuk mengulangi SPM satu tahun lagi. Namun saya positifkan diri saya. Saya menganggap satu tahun itu sebagai YURAN atau BAYARAN ganti rugi kesilapan saya.

Syukur..pada peperiksaan SPM kali kedua. Saya peroleh 5A. Mungkin bagi segelintir pelajar 5 A tidaklah seberapa. Namun bagi saya 5A sangat bermakna. Saya dapat meneruskan pengajian saya ke alam IPTA di peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat Sarjana Muda. Syukur….syukur… ¬†Terima Kasih Ya ALLAH…

Dan hari ini saya terus melangkah menaikki tangga dengan berkat sokongan rakan-rakan dan sahabat sekeliling saya. Juga tidak lupa dengan iringan doa dan amal kebaikkan.

Semoga kejayaan akan menjadi milik anda jua….

Salam Sukses buat anda semua….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.