fbpx

Nota Hati : Bersyukurlah di Tempat Kerja

Setiap pagi selepas bangkit dari tempat tidur kita. Pernahkah kita bersyukur? Bersyukur kerana masih hidup lagi, Bersyukur kerana masih mampu untuk meneruskan hidup ini atau bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk kita meraih rezeki ?

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya” (Surah Al-Mulk, ayat 21).

Sungguh hebat ayat Allah ini. Siapakah yang mampu memberi rezeki pada kita jika Allah menahan rezekiNYA… Sebagai hamba Allah, kita perlulah bersyukur kerana mempunyai paltform untuk kita bekerja.

Cuba bandingkan diri kita dengan orang lain yang tidak mempunyai tempat untuk bekerja. Sudah lama habis belajar. Namun sampai sekarang masih tidak mempunyai sumber rezeki.

Antara Tips untuk bersyukur di tempat kerja :

1. Bandingkan diri dengan mereka yang belum bekerja.

2. Berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, pada pagi-pagi ini, apa juga nikmat yang ada padaku atau mana-mana makhlukMu, semuanya dariMu. Tiada sekutu bagiMu. Milikmu segala pujian dan terima kasih kami” (Zikir al-Ma’surat. Riwayat Imam an-Nasai dari Abdullah bin Ghannam r.a.).

3. Baca buku-buku yang memberi inspirasi yang memberi motivasi pada hati kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.