Bersahur merupakan suatu aktiviti yang kita lakukan sebelum masuknya waktu subuh. Ramai yang tertanya-tanya. Bilakah waktu sahur yang sebenarnya. Nabi s.a.w telah pun gariskan panduan waktu sahur kita. Seperti di bawah ini :
Dari Anas bin Malik R.A bahawa Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh) dan kadarnya (di antara sahur dan solat subuh) adalah menyamai bacaan 50 atau 60 ayat al-Quran. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)
Jika diambil kira bacaan 50 ayat al-quran ianya bersamaan lebih kurang 30 minit sahaja.
Ramai di kala ini, mengambil mudah proses bersahur. Sahabat-sahabat semua, ingatlah pesan nabi s.a.w :
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur”
(Hadis riwayat An-Nasaie.)
Semoga diri saya dan diri kalian diberikan kekuatan untuk bangun dan bersahur. Tidak lupa juga untuk bertahajjud sekali. (^_^)
Ingat sahabat-sahabat…. proses bangun waktu sahur ini. Membina kekuatan hati kita. Binalah hatimu supaya dekat kepada-NYA. Hidupkan malam ramadhan mu sahabat ku.
Salam ramadhan semua…
0 Comments