fbpx

Nota Hati | Bergembiralah Jangan Bersedih

Nota Syawal 5 1434 :

hari-raya-pic

Teringat khutbah Jumaat lepas. Antara pesannya ialah “Raikanlah Hari Raya dengan mereka yang masih hidup. Bukan dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Saya ulang kembali. Raikan Hari raya dengan Gembira bersama mereka yang masih hidup. Bukan dengan yang sudah mati di KUBUR.

“Kita habiskan masa hampir separuh hari di KUBUR. Perjalanan ke sana sahaja sudah habis masa kita.”

Baru tahun ini saya faham, rupa-rupanya amalan ziarah KUBUR di hari pertama SYAWAL bukanlah anjuran Rasullullah s.a.w. Tetapi adat sesuatu kaum.

Nabi pesan raikan hari pertama Syawal dengan GEMBIRA.

Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan.

Firman Allah:
“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

Ini tidaklah bermaksud kita tidak boleh ziarah kubur. Cumanya tidak digalakkan. Sebab apabila kita ke kubur. Sudah tentu kita tidak bergelak ketawa bukan ? Tentu bersedih terkenang mereka yang telah pergi. Terkenang saat-saat mereka hidup bersama kita. Lalu mungkin menitiskan air mata kita atau terasa sebak.

Jadi digalakkan untuk ziarah KUBUR sewaktu bulan ramadhan atau selepas hari raya pertama atau pilihlah mana-mana 363 hari lain dalam setahun selain 2 hari yang kita patut bergembira ini. Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji.

Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatah lagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

Para sahabat apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.

Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1220

-SyedFaizal@2013-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.