fbpx

Nota Hati : Apabila Hidup ini memberikan LIMAU

Assalamu’alaikum adik-adik dan sahabat sekalian. Apa khabar ? Moga kalian dalam keadaan yang sihat dan sejahtera insyaALLAH.

Perkongsian NOTA HATI saya kali ini ialah berkenaan cabaran hidup yang sering melanda ¬†kita dalam mengharungi hidup ini. Sahabat semua… Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari masalah. Masalah merupakan perencah hidup ini untuk mematangkan kita.

Apa yang boleh kita lakukan untuk menjadi lebih hebat ialah. Jadikan masalah sebagai cabaran. Apabila kita melihat masalah sebagai MASALAH. Kita menjadi tidak berkuasa. Tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Menjadi tidak bermaya. Rasa seperti hidup ini sudah berakhir. Hanya menanti saat-saat akhir untuk mati. Mungkin ini antara perasaan dan fikiran yang anda akan alami.

Untuk itu, jadikan masalah sebagai CABARAN. Apabila kita melihatnya sebagai cabaran. Kita pasti akan bertindak terhadap cabaran itu. Sebagai manusia, kita mempunyai sifat EGO. Sifat ego ini ada yang bertujuan baik dan buruk. Mari kita gunakan untuk tujuan baik. Apabila sifat EGO kita dicabar. Kita akan melawan cabaran tersebut. benar atau tidak?

Dengan melihat sebagai CABARAN. Kita menjadi berkuasa. Kita akan fikir dan mencari jalan untuk mengatasi cabaran tersebut. Tubuh kita juga akan memberi respon untuk bertindak balas dengan cabaran. (^_^)

 

 

Saya sentiasa melihat CABARAN sebagai Sebuah biji Limau.

Apabila hidup ini memberikan buah limau (masam). Perahlah buahnya dan jadikan Jus LIMAU. Tentu sedap bukan? Begitulah hidup ini mencabar kita. Kutiplah HIKMAH yang tersembunyi di dalam buah limau itu.

 

Semoga terbina hati kalian dalam memahami perkongsian nota hati saya kali ini. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.