fbpx

Nota Hati : Adat Dalam Bersahabat

Sudah menjadi adat di dalam bersahabat, pasti akan ada baik dan buruknya. Adakala kita akan bergaduh. Adakala kita akan bergurau senda. Itulah lumrah di dalam persahabatan.

Ada baik juga kadang kala kita bergaduh. Ia untuk kita kenal pasti adakah sahabat kita sebaik-baik sahabat untuk kita atau hanya talam dua muka.

Saya suka kiranya pembaca semua dapat menjadikan persahabatan Rasullullah s.a.w dengan Khalifah Saidina Abu Bakar sebagai contoh atau ikutan untuk kita ikuti.

Bagi saya Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.

Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.

Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.

Tidak hairanlah jika baginda pernah bersabda seperti berikut: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” [Hadis riwayat al-Baihaqi]

Sebagai seorang sahabat, Saidina Abu Bakar menjadi seorang teman yang setia kepada baginda. Beliau memberi motivasi dikala baginda kesedihan. Beliau membenarkan kata-kata baginda ketika semua orang memulaukan baginda. Mari kita lihat kata-kata nabi s.a.w :

“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”

Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Semoga saudara-saudari peroleh sahabat yang baik. Jika anda sudah ketemu. Janganlah sia-siakan dia….. Jika belum. Koreksilah dahulu diri kita sambil-sambil mencari sahabat yang sejati….

Salam persahabatan dari saya,

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.