fbpx

NLP 4 TEACHERS : UBAH STRATEGI untuk DAPATKAN MAKLUMBALAS yang BETUL

Sewaktu saya mengendalikan Program KEPIMPINAN PENGAWAS di SK Assunta 1 bulan Januari yang lalu. Di mana para pengawasnya terdiri daripada Darjah 4,5 dan 6. Saya bertanyakan soalan ini pada mereka.

Modul Kepimpinan Pengawas
Modul Kepimpinan Pengawas

Adik-adik semua… 60 saat sekejap ke lama.”

Mereka jawab ” Lama…”

Terdiam saya sebentar beberapa saat. Ini kerana jawapan yang saya mahukan dari mereka ialah “Sekejap…”

Saya bertanyakan kembali soalan yang sama “Lama ke sekejap…” (nada tinggi dan beremosi)

Mereka jawab “Lama…”

Timbul perasaan marah dan saya terasa benar-benar ingin marah mereka supaya mereka faham.

Namun saya terfikir sejenak. Di dalam NLP saya diajar setiap orang berfikir dan bertindak mengikut PETA mereka (The Map is not the territory). Maksudnya bagi adik-adik pengawas tadi. Mereka jawab “lama…” sebab dalam peta pemikiran mereka 60 saat adalah lama jika dibandingkan dengan 5 atau 10 saat atau mengikut kecergasan mereka 60 saat itu lama. Banyak benda mereka boleh lakukan berbanding kita yang sudah tua dan cepat penat.

Maka saya UBAH STRATEGI soalan saya dengan bertanyakan mereka

adik-adik… 60 saat dengan 1 jam… lama ke sekejap

Mereka jawab “sekejap…”

Saya tersenyum dan mula memahami 2 elemen NLP di sini.

Screen shot 2015-01-08 at 6.48.46 PM

=========================================================

2 elemen NLP yang saya faham lebih mendalam ialah :

1. Tanyakan soalan berdasarkan PETA PEMIKIRAN audien atau pelajar.

2. UBAH STRATEGI apabila kita tidak dapat maklumbalas seperti yang kita mahukan. Usah beremosi atau marah-marah.

=========================================================

Screen shot 2014-12-16 at 1.57.09 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.