fbpx

NLP 4 TEACHERS : SISTEM VISUAL BEST BELAJAR™

BAGAIMANA SISTEM VISUAL MEMBANTU PdP ANDA

Dengan menggunakan Teknik NLP, khususnya SISTEM VISUAL. Anda dapat membantu pelajar anda ingat lebih baik fakta-fakta yang di ajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Screen shot 2015-01-08 at 9.15.22 PM

Caranya ialah dengan mencipta gambar yang spesifik untuk mewakili nombor satu hingga 10. Gambar ini akan kekal sebagai satu platform dalam minda pelajar anda supaya mereka dapat melekatkan fakta yang ingin dihafal. Apabila SISTEM VISUAL ini sudah tercipta dalam minda pelajar anda. Mereka akan dapat ingat secara tersusun dari depan ke belakang. Bahkan dari belakang ke depan juga. Hebat bunyinya bukan!!! (^_^)

Langkah Demi Langkah :

  1. Mula-mula cipta gambar spesifik untuk nombor 1 – 10. Gambar yang dicipta mestilah sebolehnya menyerupai nombor tersebut. Contohnya nombor satu seperti pensil. Nombor dua kelihatan seperti angsa. Nombor tiga seperti bukit-bukit. Gambar ini boleh dicipta dalam minda atau di atas sekeping kertas.

Screen shot 2015-02-18 at 6.29.12 PM

 

Screen shot 2015-02-18 at 6.30.30 PM

Screen shot 2015-02-18 at 6.30.48 PM

2. Setelah selesai mencipta SISTEM VISUAL ini dalam minda atau di atas sekeping kertas. Berikan 10 senarai atau fakta yang anda mahu pelajar hafal. Contohnya :

  1. KUCING
  2. GAJAH
  3. HARIMAU
  4. AYAM
  5. GAGAK
  6. PAK GUARD
  7. POKOK BALAK
  8. PISTOL LASER
  9. JARUM
  10. LIPAS

3. Setelah anda baca atau tulis 10 fakta/senarai ini. Minta pelajar hafal dengan mengaitkan fakta-fakta tersebut dengan SISTEM VISUAL yang telah dicipta tadi.

Contohnya : Bayangkan Kucing sedang menulis dengan pensil. Gajah terpijak Angsa hingga mati terkejut. Harimau sedang lompat dari bukit ke bukit dengan penuh bergaya. Ayam sedang mengembara di atas kapal kecil. Gagak sedang bertarung dengan ular. Pak Guard sedang berehat dari tugasan sambil main golf. Kapak sedang digunakan untuk tebang pokok balak. Orang Salji ditembak dengan pistol laser. Belon meletup setelah dicucuk dengan jarum dan akhir sekali lipas kena belasah dengan batang bola lisut.

4. Langkah akhir, minta pelajar sebut kembali apa yang anda telah bacakan (mengikut contoh saya di atas) atau contoh anda sendiri atau contoh yang pelajar telah cipta sendiri.

5. Anda akan dapati pelajar dapat sebut kembali apa yang mereka telah hafal melalui SISTEM VISUAL ini. Bayangkan pula fakta-fakta sekolah yang pelajar perlu hafal. Tentu ianya akan menjadi mudah sedikit berbanding hafal dengan cara lama iaitu ulang-ulang.

SISTEM VISUAL ini sangat berkesan kerana pelajar tidak akan STRES untuk menghafal dan ianya sangat BEST!!!

Selamat mencuba guru-guru sekalian.

=============================================================

Screen shot 2014-12-16 at 1.57.09 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.