fbpx

NLP 4 TEACHERS : Pujian Menyeluruh

Tip BEST BELAJAR NLP.028-001

Di dalam ilmu NLP for TEACHERS. Ada satu teknik yang sangat menarik yang saya namakan Teknik Pujian Menyeluruh. Cara untuk mengaplikasikan teknik ini saya telah kongsikan di dalam poster di atas.

Teknik ini diperkenalkan oleh Richard Churches yang merupakan konsultan pendidikan bertaraf dunia di United Kingdom. Beliau menemui kaedah ini apabila seorang pelajar yang berada dalam keadaan marah di dalam kelasnya membaling kerusi ke arah salah seorang rakannya. Semua pelajar di dalam kelas tersebut terkejut dengan aksi tersebut dan menyebabkan Richard tidak tahu untuk buat apa dengan tindakan tersebut.

chair

Richard hanya berkata ” Terima kasih kepada semua pelajar yang sudah bersiap sedia untuk belajar, cikgu sangat menghargainnya.” Tiba-tiba pelajar yang membaling kerusi itu tadi duduk kembali ke tempat asalnya dan mohon maaf kepada gurunya iaitu Richard. Sejak itu, pelajar tersebut sentiasa melakukan kerja yang diberikan oleh gurunya dan Richard akan pastikan memuji pelajar itu apabila mengikut arahan Richard.

Pelajar itu juga terus menjadi pelajar yang baik dan bagus di dalam sesi pengajaran & pembelajaran bersama Richard namun terus bertingkah laku nakal apabila di dalam sesi guru yang lain.

good student

Daripada kisah ini, apa yang saya dapat takrifkan ialah sebagai seorang Guru atau Pendidik. Kita perlu lakukan perkara ini :

1. Puji secara menyeluruh bagi mendapatkan kawalan dalam kelas. (Mendapatkan perhatian)

2. Puji secara individu apabila pelajar tersebut mengikut arahan kita. Pastikan juga pujian tersebut di dengari oleh pelajar-pelajar lain. Kaedah ini akan menyebabkan “Self-Esteem” pelajar yang dipuji akan meningkat. (Mendapatkan kawalan dan perhubungan)

3. Usah terlalu fokus kepada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar yang nakal. Sebagai guru, anda mempunyai banyak perkara untuk diberi perhatian. Kerja pejabat, kerja sekolah, assessment apatah lagi hal keluarga. Jadi usahlah fokus 100% kepada kesalahan atau kenakalan pelajar yang bermasalah. (Mendapatkan fokus kepada perkara baik)

Semoga perkongsian NLP for TEACHERS ini sedikit sebanyak membantu anda yang berkerjaya sebagai Guru.

***************************************************************************

Logo Guru BEST.002-002

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.