fbpx

NLP 4 TEACHERS & PRESENTATION SKILLS (BATCH 1 & 2)

Alhamdulillah, selesai menjalankan Bengkel NLP 4 TEACHERS & PRESENTATION SKILLS pada 15 & 16 November 2014.

Logo NLP4T 2015.002

 

KKMM editing.081

Batch pertama saya jalankan di Pejabat IKRAM, Hulu Selangor dengan bantuan Cikgu Norzira, Kaunselor SMK Bukit Sentosa.

Batch kedua pula saya jalankan dengan bantuan sahabat saya Tuan Hafiz di Bangi.

Bengkel ini fokus kepada aplikasi NLP di dalam bilik darjah dan aplikasi kemahiran penyampaian sebagai seorang guru dalam kelas serta seorang kaunselor apabila perlu memberi motivasi di hadapan audien yang ramai. Di sesi akhir bengkel ini pula saya bantu para peserta untuk membina “FLOW” penyampaian mereka supaya idea atau input yang mahu disampaikan menarik dan berpengaruh.

Syukur para peserta sangat berpuas hati dengan ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan dari perspektif NLP untuk Guru & Kemahiran penyampaian. Banyak juga permintaan guru-guru dan kaunselor untuk saya anjurkan lagi sekali di K.L dan di utara. InsyaALLAH nantikan 2015. (^_^)

Berikut merupakan maklumbalas pada peserta.

BATCH – 1

NLP yang saya pernah dengar atau tahu lebih kepada gambaran dan apa yang kita fikirkan. NLP ini pula (bersama SyedFaizal), untuk bagaimana diaplikasikan dalam proses P&P dan cara belajar. – Cikgu Azlihan Bt. Mohamed Noor, Kaunselor SMK Bukit Sentosa 2.

Alhamdulillah, seronok dapat ilmu yang bermanfaat untuk perkembangan diri dan kerjaya. Hubungan peserta dan jurulatih yang mesra menjadikan program ini lebih menarik dan berbaloi. Terima kasih atas tunjuk ajar. InsyaALLAH boleh join lagi. – Cikgu Norzira Binti Ramli, Kaunselor SMK Bukit Sentosa.

Program yang memberi kesan pada diri saya. Boleh digunakan untuk keluarga dan tempat kerja. – Tuan Awie, Pembantu Khidmat Pelanggan.

Syukur, saya telah mempelajari dua perkara penting (NLP & Presentation Skills) yang saya boleh aplikasikan dalam kerjaya saya sebagai seorang Kaunselor. Sebelum ini saya telah mengikuti program sebegini tapi sangat terhad isinya. Saya amat berharap program ini diteruskan pada masa hadapan bagi membantu perkembangannya dan ilmu. – Cikgu Norhayati Bt. Mohd Yusop, Kaunselor SMK Ampang Pecah.

Guru perlu menguasai Skill ini agar boleh memahami pelajar dan dapat mengendalikan pelajar dalam kelas. – Puan Noraberah, Pensyarah IPG.

Seronok rasa ada pertambahan ilmu & pengetahuan terutama dalam meningkatkan penyampaian dalam pembelajaran dan pengajaran untuk murid-murid. – Ustazah Raba’ah Aman Shah, Guru SMK Bandar Tasik Puteri Rawang.

Memberi confident untuk buat presentation dalam program-program jemaah. – Puan Rohani Bt. yusof, Surirumah.

Very good. Cadangan pelaksaan program NLP 4 TEACHERS ini pada peringkat PPD dan JPN boleh dijalankan dengan kerjasama unit/pendidikan PPD dan JPN. – Cikgu Khatijah Bt. Abdul Rashid, Kaunselor SMK Hulu Kelang.

Batch – 2

Dapat manfaat positif daripada program kerana lebih mengenali diri sendiri dan dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran di sekolah. – Cikgu Juanna Mohd Zuki, Guru Matematik SK Bangsar.

Sangat sesuai untuk guru dan kaunselor. Harap dapat bagi coaching untuk guru di Temerloh. Tahniah – Cikgu Idayu Bt. Hasim, Guru Bimbingan & Kaunseling, SMK Temerloh.

Program yang penuh dengan input dan bermanfaat buat semua. Mengubah pandangan dan meningkat kemahiran diri. – Tuan Mohamad Noorsham, Freelance Trainer.

Sangat membantu untuk kenalpasti pelajar di sekolah. Membantu untuk jadi PRESENTER yang baik. – Cikgu Nurul Azwa Bt. Mohd Yusof, Guru Bimbingan & Kaunseling SMK Paya Pulai, Temerloh.

Thank you En. Syed for giving me an insight of NLP from educators & consultant aspect. I manage to undestand where i am in my character in order to plan how to execute and implement change to others. Anchoring & Eye Cue helped me to know myself and others. Hope if more modules for corporate is introduced & trained. Excellent. Bravo!! – Miss Nandhini a/p Subramaniam, Change Consultant, Human Capital Development.

Sebuah modul yang wajib dijadikan silibus di IPG. Sebuah modul yang amat praktikal & berkesan bagi menangani masalah pembelajaran murid. Guru dapat mengenali murid atau audiennya di kategori mana. Presenter juga diberi guide yang tersusun dalam menyusun persembahan/pengajaran/talk kepada pelajar. – Tuan Shafie B. Nasnan, Mahasiswa IPG Kampus Pendidikan Islam.

==============================================================

Screen shot 2014-10-01 at 12.28.21 AM

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.