fbpx

NLP 4 TEACHERS : Nilai vs Aktiviti

Nilai yang dipegang oleh seorang guru merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam kerjaya seorang guru. Ini kerana nilai yang dibawa itu mempengaruhi emosi dan tindakan Guru. Nilai inilah juga yang akan mempengaruhi kepercayaan dan sikap seorang Guru.

me_-_my_values

Nilai ini boleh datang dari pelbagai aspek seperti Nilai kewangan, perhubungan, fizikal, sosial, intelek, keluarga, pekerjaan dan sebagainya.

Seorang Guru dan Pelajar boleh mempunyai hubungan yang amat baik apabila nilai mereka mempunyai persamaan. Sebagai contoh, Seorang Guru yang percaya pada nilai kreativiti akan menghargai pelajar yang mempunyai kreativiti yang amat baik dalam aktiviti pelajarannya. Pelajar pula yang tahu Guru dia suka pada kreativiti akan lebih bersemangat menjadi kreatif dalam kelas Guru tersebut.

Bagi memudahkan anda sebagai seorang Guru mempunyai Nilai dan Aktiviti yang selaras. Saya sediakan Borang Nilai vs Aktiviti di bawah ini. Lakukan latihan ini bagi selaraskan Nilai dan Aktiviti yang anda lakukan di sekolah.

Dengan mengetahui (nampak dengan jelas) apakah nilai yang kita bawa dengan aktiviti yang kita lakukan. Kita boleh mendapat kepuasan diri dan seronok dalam menjalankan tugasan Guru kita.

Screen shot 2014-12-16 at 1.38.28 AM

 

 

 

================================================================

Screen shot 2014-12-16 at 1.57.09 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.