fbpx

NLP 4 TEACHERS : Mengatasi Kebimbangan

Sebagai seorang Guru pasti ada perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang membimbangkan kita. Sebagai contoh, program motivasi pelajar yang kita perlu anjurkan, Hari bertemu ibubapa, Hari anda akan di audit, Hari di mana kita perlu membentangkan hasil kerja kita pada pihak atasan atau apa-apa sahaja peristiwa yang memberikan tekanan pada diri kita.

Jika perkara di atas memberikan kebimbangan pada diri anda. Saya mempunyai NLP Tool Box yang dinamakan “TIME LINE WALKING” untuk kongsikan dengan anda.

Caranya ialah :

1. Bayangkan anda sedang berdiri di atas “Timeline” (Suatu garisan yang lurus seperti di gambar bawah ini) pada waktu sekarang. Tempatkan waktu silam “PAST” di belakang anda dan waktu masa hadapan “FUTURE” di hadapan anda. Pastikan anda dapat bayangkan diri anda sedang berdiri di atas “Timeline” pada waktu sekarang “Present/Now“. Tentukan di mana peristiwa “EVENT” yang membimbangkan anda akan berlaku pada “Timeline” anda. Rasakan bagaimana perasaan anda apabila mula berfikir tentang peristiwa yang akan berlaku ini. Gemuruh ? Bimbang ? Rasa tidak tenang ?. Pastikan juga anda mengenal pasti dari mana perasaan tidak senang ini datang atau muncul. Adakah di jantung, kaki, tangan, dada atau perut. Kenal pasti lokasi tersebut pada diri anda.

NLP4T 1.136

2. Seterusnya, majukan diri anda melepasi peristiwa “EVENT” yang membimbangkan diri anda itu. Bayangkan anda telah melalui peristiwa tersebut. Bayangkan peristiwa tersebut anda telah jalankan dengan baik dan tenang. Peristiwa tersebut telah membuatkan anda menjadi berani dan lebih berpengalaman. Peristiwa tersebut hanyalah salah satu titik atau platform untuk anda lalui dalam perjalanan hidup ini. Pada saat ini, rasakan bagaimana perasaan anda terhadap peristiwa ini. Cuba kenal pasti bagaimana perasaan dan fizikal anda berubah apabila memikirkan perkara dan perasaan ini. Rasa tenang sedikit bukan ? Terasa dapat menarik nafas dengan dalam sedikit.

NLP4T 1.137

3. Akhir sekali, kembali semula ke “Present/Now” anda dan lihat semula titik peristiwa yang akan berlangsung pada masa akan datang. Anda akan dapat rasakan perasaan dan fizikal anda telah berkurang daripada yang mula tadi. Mungkin gemuruh anda berkurangan sedikit. Mungkin kadar pernafasan anda juga sudah berkurangan. Cuba anda skalakan dari 1 hingga 10 berapa banyak sudah berkurangan. Saya cadangkan anda lakukan proses ini beberapa kali sehingga anda merasakan diri anda sudah cukup selesa dan berkeyakinan untuk menjayakan peristiwa yang anda akan tempuh nanti.

Kaedah di atas yang saya kongsikan mungkin nampak seperti remeh atau main-main. Namun percayalah, jika anda lakukannya dengan sungguh-sungguh. InsyaALLAH pasti ada kesan pada mental dan fisiologi anda. Saya cadangkan juga supaya kaedah di atas di tambah dengan bacaan al-Fatihah sebagai penambah rasa dalam metodologi yang dilakukan. Sesungguhnya Allah jua yang memberikan ketenangan pada kita.

Semoga bermanfaat buat para guru dan profesional sekalian.

Logo Guru BEST.002-002

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.