fbpx

NLP 4 TEACHERS : Membina Sistem Kepercayaan

Sistem Kepercayaan seseorang itu boleh diubah dan dicipta mengikut kemahuan kita apabila kita sedar apa yang kita mahu.

Di sini saya kongsikan 10 langkah ringkas hasil dari bacaan Buku Kuasa Sukses.

1. Kenal pasti prestasi yang mahu anda perbaiki

2. Tentukan prinsip yang mempengaruhi prestasi anda.

3. Kenal pasti prinsip atau elemen negatif yang anda perlu buang dari diri anda.

4. Buat keputusan untuk berubah.

5. Pertikaikan prinsip negatif itu.

6. Kenal pasti hujah yang membentuk prinsip negatif itu.

7. Pertikaikan hujah-hujah prinsip negatif itu atau lihat dari perspektif berbeza.

8. Tentukan prinsip positif yang mahu dibina dalam sistem kepercayaan anda.

9. Dapatkan hujah yang berkredibiliti dan berwibawa.

10. Tentukan natijah atau kesan daripada prinsip yang baru.

 

Dengan mengikuti langkah ini apa yang sebenarnya anda lakukan ialah, anda akan mengenal pasti hujah atau dalil yang negatif. Kemudian melemahkan atau mematahkan hujah-hujah negatif itu. Kemudian memasukkan hujah-hujah positif dan seterusnya membina Sistem Kepercayaan yang POSITIF.

Lihat gambar di bawah ini.

Screen shot 2014-08-29 at 12.09.45 PMPermukaan meja merupakan Sistem Kepercayaan kita. Kaki meja merupakan hujah-hujah yang membentuk prinsip atau sistem kepercayaan kita.

Screen shot 2014-08-29 at 12.09.54 PM

 

Dengan mematahkan atau menggoncangkan hujah-hujah negatif ini. Anda boleh mengubah atau memasukkan hujah-hujah positif ke dalam diri anda.

Untuk memasukkan nilai-nilai positif ini sudah tentu anda perlu lakukan beberapa perkara :

1. Baca bahan-bahan berkaitan yang boleh membentuk diri atau menambah input positif anda.

2. Cari kawan atau rakan yang mempunyai kepakaran yang anda mahukan itu dan belajar darinya.

3. Cari mentor

4. Hadiri kursus atau bengkel yang mampu memberikan anda nilai positif yang dicari itu.

5. Berlatih… berlatih… berlatih…

Semoga bermanfaat… Saya kongsikan dengan anda sebuah video dari mentor NLP saya Tuan Haji Fadzli Yusof berkenaan Sistem Kepercayaan Manusia.

Selamat menonton.

www.SYEDFAIZAL.net

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.