fbpx

NLP 4 TEACHERS : Kuasa Membuat Andaian

Seringkali kita akan mendengar tanggapan dan andaian yang di lakukan oleh seorang guru terhadap seseorang pelajar secara individu mahupun secara kumpulan. Kadang-kadang pandangan seorang guru  boleh menjadi bertentangan dengan pandangan guru-guru lain. Pandangan ini merupakan kepercayaan, cara berfikir dan penilaian yang dibuat oleh diri masing-masing.

IMG_1874

Berita baik untuk para guru semua. Kepercayaan tidak semestinya benar. Anda percaya minum air sihat. Saya percaya bersenam akan sihat. Ada orang lain percaya dengan mengamalkan herba-herba terpilih akan sihat. Semua di atas boleh jadi benar dan semua di atas boleh jadi tidak benar. Ini kerana ada perkara yang baik untuk saya dan ada perkara yang baik untuk anda. Mungkin sekadar minum air sahaja untuk saya tidak cukup untuk saya sihat. Mungkin untuk anda boleh jadi sihat. Itulah prinsip kepercayaan. If you believe. You will get it.

Di arena sekolah sebagai seorang guru. Apa yang kita percaya dan apa yang kita nilai  akan memberi kesan pada cara dan bagaimana kita bertindak. Sebagai contoh, Apabila saya dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang pelajar yang akan saya berhadapan ialah pelajar-pelajar yang nakal dan “Hardcore“. Biasanya saya akan mula risau dan percaya akan kata-kata itu 100%. Hasilnya apabila saya mengendalikan motivasi bersama mereka. Penyampaian dan respon yang saya dapat tidak begitu memberansangkan.

Berbeza pula, apabila saya sudah memahami ilmu NLP. Saya akan tapis dahulu makluman yang diberi oleh guru  dengan menggunakan Teknik Meta Model (menapis kenyataan guru) yang saya pelajari dalam NLP. Selepas itu baru saya akan membuat andaian dan persiapan untuk menghadapi pelajar-pelajar tersebut. Selalunya, dalam sesi pengendalian program saya. Pelajar sebegini saya dapat jinakkan dan menjadikan mereka suka pada saya. Apabila mereka suka. Mudah untuk saya masukkan nilai-nilai baik dan mendapatkan perhatian mereka untuk belajar dengan serius. Mengapa saya dapat lakukan ini ialah kerana saya percaya saya boleh ubah mereka dengan kaedah dan strategi yang betul. Kalau saya percaya mereka teruk. Mungkin saya tak dapat ubah mereka.

meta model

Apabila saya kata ubah, tidaklah bermaksud 100% mereka berubah. Itu mustahil. Maksud saya ialah sekurang-kurangnya mereka dapat beri tumpuan dan ikut arahan saya dengan mudah. Ada juga guru yang tidak setuju dengan saya. Mereka kata saya hanya jumpa pelajar sekejap. Guru pula perlu jumpa setiap hari. Ada beza. Jawapan saya untuk guru-guru seperti ini. “Cikgu saya bukan hanya menjalankan motivasi di sekolah. Bahkan saya ada pelajar-pelajar tuisyen yang saya ajar setiap minggu dan ada juga pelajar-pelajar yang saya perlu jumpa secara bersiri atau berkala. Alhamdulillah, mereka dapat terima dan mengamalkan apa yang saya sampaikan. Dan ada guru yang mengamalkan teknik ini juga, mereka dapat merasakan kesannya.”

Akhir kata, hayati kata-kata ini :

We can’t CHANGE anyone else’s behaviour, we can only CHANGE our own.”

SyedFaizal S. Rahman
Certified NLP for Teachers (Akademi NLP Malaysia) 
 
Logo Guru BEST.002-002

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.