fbpx

NLP 4 TEACHERS : How To Change Mindsets

BAHASA  yang kita gunakan merupakan salah satu kunci  bagaimana kita membina model dunia kita. Cabaran mempunyai model dunia sendiri ialah apabila kita terkunci dalam cara pemikiran dunia kita sendiri.

Logo NLP4T 2015.002

Ini menyebabkan kita menjadi buntu atau mempunyai “mindset” yang terbatas. Mempelajari tentang bagaimana untuk kita boleh berfikir dengan cara lain atau mengubah “mindset” diri sendiri mahupun orang lain merupakan suatu kemahiran yang menarik.

BEGINI CARANYA :

Robert Dilts, yang merupakan salah seorang pakar yang menyumbang dalam ilmu NLP pernah menjalankan kajian tentang “Bagaimana Bahasa boleh digunakan untuk memberi kesan pada kehidupan dan emosi orang.” Kajiannya menunjukkan bahawa para pemimpin dalam dunia perniagaan telah menggunakan beberapa corak bahasa yang bertindak sebagai “Verbal Reframes” atau dalam bahasa melayu Pembingkaian Lisan.

Corak bahasa ini memberi kesan pada kepercayaan dan cara berfikir pengikut para pemimpin ini.  Corak Bahasa ini diberikan nama oleh Dilts dengan panggilan “Sleight of Mouth Patterns”

Untuk memudahkan anda faham dan terus aplikasikannya. Saya tidak mahu menggunakan “term-term” yang terdapat dalam Buku NLP. Saya ingin mudahkan dan kongsikan dengan anda 3 cara “Verbal Reframes” ini. Mari kita pelajari langkah asas untuk mengubah “Mindset” pelajar.

how-to-change-your-mindset

1. Kenal pasti “limiting Belief” kepercayaan terbatas yang pelajar anda sedang alami atau berfikir ketika anda sedang berinteraksi dengannya.

2. Tanya pada diri anda. Apakah bentuk pemikiran yang dialaminya sekarang. Secara amnya, terdapat 2 bentuk pemikiran (mindset).

  • Pertama ialah SEBAB & KESANNYA  ( Contohnya : Pelajar tidak suka Sejarah kerana Guru Bosan)
  • Kedua ialah MAKNA.  (Contohnya : Oleh kerana Guru atau sekolah membosankan. Sejarah juga Bosan)

3. Fikirkan soalan yang anda boleh ajukan mengikut perspektif bingkai anda. (Your Frame)

4. Untuk ajukan soalan mengikut perspektif bingkai anda. Saya kongsikan 3 Jenis Pembingkaian Soalan yang anda boleh ajukan.

==========================================================

1. INTENTION REFRAME (Pembingkaian Berniat)

Maksudnya : Mengarahkan perhatian orang itu untuk tujuan atau maksud di sebalik pola pemikiran mereka (mindset)

Contoh aplikasinya : “Apakah niat anda dalam mempercayai itu dan bagaimana ia membantu anda ?”

2. REDEFINE REFRAME (Tentukan Semula Pembingkaian)

Maksudnya : Menukar perkataan dalam ayat  yang mereka telah gunakan atau katakan pada anda. Perkataan tersebut mestilah membawa maksud yang sama  tetapi untuk implikasi pemikiran adalah berbeza

Contoh aplikasinya : “Mempelajari sesuatu fakta yang baru memang menyeronokkan bukan? Jadi tentu belajar Sejarah dengan kaedah yang betul juga menyeronokkan.”

3. CONSEQUENCE REFRAME ( Pembingkaian Berakibat)

Maksudnya : Mengarahkan perhatian orang itu kepada kesan dan akibat  memegang kepercayaan tersebut.

Contoh aplikasinya : “Jika itulah sebabnya, apa gunanya belajar Sejarah ?”

 

===========================================================

NLP4T Program.167

 

Peta Lokasi Program :

MEDICAL INTEREST GROUP SDN BHD, 22B, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor, Darul Ehsan
 
Screen shot 2014-11-12 at 8.16.26 PM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.