fbpx

Nilai Seorang Sahabat

Hidup dalam dunia ini, mustahil untuk kita hidup berseorangan diri. Lalu apakah yang membuatkan kita memilih seorang teman yang kita namakan sebagai… SAHABAT?

Sebabnya adalah kerana kita memilih nilai yang ada padanya. Nilai seorang sahabat sangatlah tinggi harganya. Ini kerana suatu persahabatan dilihat daripada ketelusan hati dan kesediaannya untuk berkorban demi orang lain.

Sahabat mana yang sanggup berkorban kepentingan dirinya untuk orang lain? Dunia sekarang ini sangat mementingkan dirinya. Hubungan antara manusia semakin kering, tingkat persaingan semakin tinggi dan kemajuan teknologi meluaskan jurang antara manusia dengan manusia.

Saudara saudariku, kita memerlukan sahabat yang dapat menjadi teman di kala suka dan duka.  Nilai suatu persahabatan sebenarnya dilihat daripada kesanggupan kita berkorban untuk orang lain.

 

Menjadi sahabat di kala senang perkara yang biasa dan mudah kerana sesiapa pun dapat melakukannya. Tetapi menjadi sahabat di kala susah adalah suatu yang lebih bermakna dan menjadikan persahabatan kita itu begitu tinggi.

Sahabat yang sejati adalah seorang yang sanggup mendengar dan mengerti kita. Mereka akan faham hakikat perjuangan kita. Mereka akan bersama-sama kita harungi susah dan senang demi matlamat bersama.

Di facebook, saya sempat bertanya dengan teman-teman di alam maya mengenai apakah nilai-nilai yang mereka cari daripada sahabat mereka? ini merupakan sebahagian daripada respon mereka :

Cari atau semailah nilai-nilai ini daripada sahabat anda :

1. Kejujuran
2. Kesetiaan
3. Kepercayaan
4. Keimanan
5. Karakter Rasullullah s.a.w
InsyaALLAH….semoga anda ketemu sahabat yang mempunyai nilai-nilai seorang SAHABAT. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.