fbpx

Nilai Diri + Potensi Diri = Berjaya

Ramai dari kalangan kita mahu berjaya. Mahu menjadi insan yang cemerlang seperti orang-orang yang berjaya terdahulu dari kita. Tapi kerana adanya halangan minda. Maka kadang-kadang semangat dan azam kita untuk berjaya menjadi hampa.

Rata-rata dari ramai individu-individu yang saya jumpa. Kebanyakkan dari mereka….tidak sedar akan potensi diri mereka tersendiri. Sebagai contoh, saya kongsikan satu kisah tentang kuasa atom yang terdapat dalam buku “KUASA SUKSES” yang ditulis oleh Tuan Fadzli Yusof yang merupakan seorang Professional Trainer.

Tahukah teman-teman semua, bahawa kuasa nuklear datangnya dari atom. Masihkah kita ingat lagi pada ‘Little Boy’ dan ‘Fat Man’. Dua buah bom atom yang dijatuhkan pada Hiroshima dan Nagasaki sewaktu perang dunia ke-2. ¬†Atom telah lama wujud sejak zaman dahulu lagi. Namun tiada siapa sangka atom yang sungguh kecil ini mampu meledakkan kuasa yang sangat hebat apabila berlaku pelakuran (fusion) atau pembelahan.

Seperti atom, begitu juga manusia. Kita juga ada potensi diri yang terpendam. Cuma menanti waktu untuk diledakkan. Namun ada segolongan manusia tidak perlu nantikan masanya untuk diledakkan. Mereka mencari sendiri nilai-nilai yang ada pada diri mereka. Nilai yang mampu membantu diri mereka mencari potensi yang ada pada diri mereka sendiri. Formulanya begini.

Nilai Diri + Potensi Diri = Berjaya

Saya masih ingat lagi sewaktu alam sekolah menengah saya di SMK La Salle P.J. Sewaktu itu saya baru sahaja tingkatan 3. Saya berbadan uniform PBSM. Pada ketika itu, Saya diminta oleh ketua saya untuk membacakan pengumuman di hadapan perhimpuan pelajar-pelajar semua. Sewaktu saya membaca teks ucapan pengumuman tersebut. Suara saya menggigil dan badan saya menjadi lemah untuk berdiri dengan yakin. Sejak itu saya mula takut untuk berucap di hadapan khalayak ramai.

Namun, apa yang peliknya apabila mula masuki alam IPTA saya. Saya mula tetapkan nilai-nilai diri saya dan teroka potensi diri yang terpendam dalam diri saya. Hasilnya lain sungguh pada ketika itu di alam IPTA saya. Saya menjadi orang yang berani untuk bercakap di hadapan orang ramai. Saya anggotai beberapa persatuan dan kelab. Bahkan mendapat Tempat pertama untuk kelas Business English saya sebagai Best Presenter.

Apabila saya mengkaji semula laluan hidup saya. Saya mula susun formula kejayaan ini dan hasilnya seperti ini Nilai Diri + Potensi Diri = Berjaya.

Nilai Diri yang saya tanamkan dalam diri saya ialah :

Berani, Tanggung Risiko, Cuba Peluang Baru, Berkawan dengan kenalan baru, Belajar Perkara Baru setiap hari, Terima nasihat-nasihat senior.

Potensi Diri :

Berani tampil ke hadapan, Sanggup lakukan apa jua perkara yang ada kesan natijahnya (baik/buruk), Dapat menarik peluang-peluang baru (Seperti memegang jawatan dalam persatuan/kelab), Ramai mula mengenali diri ini, Semakin banyak ilmu kemanusiaan bertambah dalam dada, Kurang melakukan kesalahan-kesalahan orang terdahulu (dengan mendengar nasihat senior).

Hasilnya : Berjaya.

Sebenarnya mudah sahaja untuk kita berjaya jika kita tetapkan Nilai Diri dan gabungkannya dengan potensi diri. Selamat meneroka nilai dan potensi diri anda.

Salam Penyerlahan Diri!! (^_^)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.