MUDAHNYA RULE OF THREE

Teknik “Rule of Three” merupakan suatu teknik yang amat berkesan di dalam seni penyampaian dan pengucapan awam. Dengan teknik ini anda boleh melontarkan sesebuah idea dengan mudah dan menjadikan audien lebih senang untuk ingat dan memahami anda.

APAKAH RULE OF THREE INI ?

Rule of Three ialah apabila anda menyampaikan sesuatu poin dalam bentuk 3 perkataan yang bunyinya seakan sama. Jika bunyinya tidak sama, ianya masih OK !! Pastikan anda cukupkan tiga sahaja. Ini kerana minda manusia lebih mudah ingat apabila ianya berurutan sebanyak 3 kali.

Di dalam ilmu pengucapan awam klasik, Rule of Three ini dikatakan seperti magik. Ianya mampu mempengaruhi audien. Antara Rule of Three yang kita boleh lihat atau kategorikan ialah seperti dibawah ini :

1. MESEJ YANG ANDA MAHUKAN AUDIEN BAWA BALIK DAN AMALKAN

Fikirkan apakah mesej yang anda mahu katakan tiga kali secara berurutan ? Apakah perkara yang paling penting anda mahukan audien keluar dari dewan dan mereka masih boleh ingat untuk amalkannya ? 

Steve Jobs antara presenter yang saya kagum kerana beliau mengamalkan konsep Rule of Three ini. Sebagai contoh dalam pembentangannya pada 2011 untuk menggambarkan iPAD 2, beliau telah katakan iPAD 2 sebagai “Thinner, Lighter and Faster”. Kaedah ini menjadikan lebih mudah untuk audien teruja berbanding 20 sebab mengapa IPAD 2 lebih bagus di dalam presentasinya.

2. MESEJ YANG ANDA MAHU SAMPAIKAN DALAM BENTUK ARAHAN

Sekiranya anda mahu sampaikan poin atau mesej. Berikannya dalam bentuk 3 langkah. Sebagai contoh “Buka Buku, Tengok Tajuk dan Lihat Sub-topiknya” atau “Strategi, Skill dan Spirit”.

3. MESEJ YANG ANDA MAHU SAMPAIKAN DALAM BENTUK PENCERITAAN

Sesebuah penyampaian menjadi lebih efektif apabila anda sampaikan dalam bentuk penceritaan. Dalam penceritaan tersebut pula anda bahagikan kepada 3 aspek atau 3 bahagian. Di dalam dunia barat banyak cerita yang disampaikan dalam bentuk 3 bahagian atau 3 aspek. Sebagai contoh, “Goldilocks and the Three Bears” , “The Three Musketeers” , “The Three Little Pigs” , “Three Blind Mice”. Selain itu, cerita yang disampaikan dalam bentuk Permulaan, Isi dan Penutup.

Anda boleh juga lakukan seperti ini :

Permulaan : Cerita tentang subjek, bina emosi yang menjadikan audien terpikat dengan subjek tersebut

Isi : Cerita tentang konfik, Bina jalan cerita yang mendebarkan hati dan minda audien

Penutup : Cerita bagaimana konflik tersebut diselesaikan.

Mengapa penceritaan amat berkesan ? Pakar Neurologi memberitahu bahawa otak kita lebih cenderung untuk dengar cerita berbanding fakta. Mengikut Penulis Buku “A Sense of Urgency” John Kotter, beliau menyatakan “Sebuah cerita yang disampaikan dengan sedikit drama lebih diingati lama berbanding slaid yang dimampatkan dengan analisis”

Di dalam bahasa latin “Omne Trium Perfectum” membawa maksud “Semua yang didatangkan dalam bentuk tiga ialah sempurna”

Gunakan Teknik “Rule of Three” ini di dalam pembentangan atau pengucapan awam anda. Ianya akan memudahkan audien anda ingat lebih mudah dan juga memudahkan anda sendiri ingat untuk berucap.

Semoga bermanfaat.

==================================================

Pelajari Seni Penyampaian yang Menarik dan Berkesan dengan Syed Faizal melalui

Bengkel Pentauliahan Profesional Presenter.

Tarikh Bengkel : 30 Dec 2018 di Bangi

Waktu : 9.00 pagi – 6.00 petang

Yuran : RM250 Seorang | RM450 Berdua

Pengiktirafan : Sijil Pengiktirafan diberikan dengan kerjasama Kelab Pidato Perdana (KPP)

Berminat ? Whatsapp 019 – 211 12 85

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.