fbpx

Motivasi : Transformasi Diri Sempurnakan Impian

Syukur… pada 14 Jun 2012 yang lepas saya telah dijemput oleh Mahasiswa/i tahun akhir Diploma Pengurusan di Kolej PTPL Cawangan Seremban. Saya diminta untuk menyampaikan Motivasi bertajuk “Potensi Diri”. Suatu topik yang tidak lari jauh dari kepakaran saya.

Biasanya saya sampaikan topik potensi diri ini di dalam Modul “Successful Intelligence Gaya SmartStudy” saya. Namun khusus untuk para pelajar Kolej PTPL saya telah ubah sedikit dengan menyampaikan input-input berkaitan teknik belajar di bawah topik “POTENSI DIRI.”

Apa yang menariknya program ini ialah saya digandingkan bersama Dr. Irfan Khairi. Salah seorang ikon negara dalam bidang Internet dan keusahawanan. Beliau telah mencapai tahap Jutawan Muda pada umur 25tahun sahaja.

Syukur diberi peluang ini untuk merasakan pentas motivasi bersama-sama beliau…. Yang pastinya semangat saya untuk menjadi seorang penceramah yang lebih baik semakin menyala-nyala. Semoga pertemuan ini membawa saya satu lagi tangga ke atas insyaALLAH. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.