Alhamdulillah, saya dijemput oleh Kelab Kakitangan (Staff Club) Kolej PTPL Sentral, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2012 bagi menyampaikan motivasi bertajuk “Motivasi Kerja” kepada semua kakitangan & pensyarah di sini.
Antara pengisian saya bersama mereka ialah berkenaan perbezaan 3 orang pekerja seperti di bawah ini…
Pekerja jenis pertama ialah pekerja yang mempunyai mentaliti “BEKERJA TERPAKSA“. Pekerja seperti ini selalunya mengeluh, memancarkan aura atau tenaga negatif dan sentiasa memberikan alasan bagi menghasilkan produktiviti yang baik kepada syarikat.
Pekerja jenis kedua pula ialah pekerja yang mempunyai mentaliti “BEKERJA MENERIMA“. Kebanyakkan orang yang bekerja makan gaji tergolong di dalam kategori ini. Golongan seperti ini selalunya akan perjuangkan hak mereka. Bagi mereka, segala yang mereka usahakan perlu mendapat balasan yang setimpal. Tidak salah berada di dalam mentaliti pekerja kedua ini. Namun selalunya kita hanya akan berada tahap yang sama sahaja.
Pekerja jenis ketiga pula ialah pekerja yang mempunyai mentaliti “BEKERJA MEMBERI“. Pekerja seperti ini selalunya melakukan kerja lebih daripada yang diminta atau yang ditugaskan kepada mereka. Mereka selalunya mempunyai cita-cita atau wawasan yang jauh dan berfikiran untuk matlamat jangka pangjang. Orang yang mempunyai sikap seperti ini, selalunya akan mencapai kejayaan lebih cepat berbanding pekerja nombor satu dan dua.
Berikut merupakan maklumbalas peserta yang mengikuti motivasi ini bersama saya (^_^)
Nice and cool program. Sangat susah nak jumpa penceramah yang tidak membosankan. Kalau buat 3 hari 2 malam adalah sangat cool! – Nadiah , Tutor
Terbaik! so enjoy… Good work. All the best!!! -Lily Aziz, Pensyarah
Menarik & bersemangat. Program tak bosan serta membuka minda dan mata saya tentang apa yang saya ada sekarang. InsyaALLAH moga program ini dapat membantu saya untuk lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. -Nor Asila Bt. Omar, Pensyarah
FUN & ENERGETIC. Something that i would never thought of… Talk or “CERAMAH” has never been so fun!!. -Maisarah Mohd Yusof, Tutor
Fun and full of excitement. Keep up the good work! – Suhaili Hussin, Lecturer
Program ini BEST! kini saya semakin semangat untuk bekerjasama & saya tahu pilihan saya bekerja adalah untuk MEMBERI bukan menerima dan lebih bersyukur. Terima kasih. – Saiyidatina Balkhis Bt. Norkhaidi, Tutor
Sangat menghiburkan dan meransang minda. Memberi peluang saya mengenali diri saya terutama dalam aktiviti analisa “FAKTOR PEKERJA”. Ceria dan best!!! -Nazira Shamsudin, Admin
Program yang sangat menarik dan penuh dengan pengisian. Best dan effectif! thank you untuk info yang diberi.- Nor Rashidah Abdul Rahim, Pensyarah
- Mathilda, Pensyarah
- Shumita & Surieni
- Marina Tarmudi, Pensyarah
- Noorhaiza Bt. Masri, Pensyarah Hospitality & Tourism
- Fharaniza Bt. Jamaluddin, Pensyarah
- Hani Mardhati Mohamad, Account Executive
-
Norhazlina Hamzah, Pegawai Unit Pembangunan Pelajar
Seronok!!! meransang minda.
- Intan Salwa
- Nadia, Assistant Library
- Avene, English Tutor
- Nur Waheeda Nadzri, Admin
0 Comments