fbpx

Mintalah Jangan Mengarah

Apabila ada tugasan yang perlu disiapkan. Janganlah mengarah orang lain untuk lakukannya. Namun secantiknya kita meminta mereka siapkannya.

” Cik Sharifah, saya harap awak dapat wakili saya untuk mesyuarat pagi ini.”

“Baik Boss”

Perbualan seperti ini nampak lebih cantik dan bernada murni daripada seperti ini.

“Cik Sharifah, Saya nak awak wakili saya untuk mesyuarat pagi ini.”

“Baiklah boss”

 

Walaupun kakitangan di bawah kita menjawab ya!!. Mungkin hatinya menolaknya. Manusia semua ingin dihargai. Jadi mengapa kita tidak hargai mereka dengan bercakap seperti seorang kawan dan tidak sebagai seorang lawan.

Cara paling baik untuk memberi arahan ialah dengan mencampur adukkan nada pujukan sedikit.

Arahan yang diberi tanpa mengarah atau paksa. Lebih senang hati seseorang itu untuk laksanakan tugas tersebut. Selesa dan seronok. Cubalah teknik ini.

Selain harap. Kita juga boleh gunakan kata-kata “Saya yakin…”  “Saya percaya…” “Saya minta tolong…”  “Lebih cantik jika kamu dapat wakili saya…”….contoh-contoh ayat yang boleh kita gunakan untuk berbicara dengan berpengaruh.

siapa-siapa sahaja boleh lakukannya. Hari ini seorang Guru boleh lakukannya pada seorang murid. Seorang kawan boleh lakukan pada seorang kawan yang lain. Seorang Pengarah boleh lakukannya pada kakitangannya. Seorang Ayah atau Ibu boleh lakukan pada anaknya.

Ayuh kita mantapkan Seni Bicara kita. (^_^)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.