Soalan : Saya menjawab mesej daripada seorang kawan. Dalam mesej itu saya menulis perkataan “insyaallah“. Kawan saya mengatakan, tidak boleh menulis seperti itu, sebaliknya perlu ditulis “in syaa Allah“. Kerana insyaallah membawa maksud menciptakan Allah, sedangkan in syaa Allah maksudnya jikalau dikehendaki Allah. Mohon penjelasan ustaz.
_____________________________________________________________
Jawapan : Tidak ada apa-apa kesalahan menulis “insyaallah” dalam ejaan rumi. Sudah tentu orang yang menulis “insyaallah” maksudkan jikalau diizinkan Allah. Tidak boleh memberat-beratkan umat islam atau membimbangkan mereka dalam perkara-perkara remeh-temeh seperti ini. Apatah lagi kalimah itu ditulis dalam ejaan rumi yang tidak boleh dijadikan ukuran betul ataupun salah dalam bab seumpama ini.
Tidak boleh sama sekali mengatakan sesiapa yang menulis “insyaallah” bermakna orang itu sudah menyatakan dia yang menciptakan Allah s.w.t. Dakwaan itu begitu longgar. Ringkasnya, maksud mana-mana kalimah ataupun ayat arab yang ditulis dalam ejaan rumi dikembalikan kepada maksud yang sudah sedia difahami umum. Wallahua’lam.
[Sumber : Buku “Ustaz, Berapakah umur ahli syurga”]
_____________________________________________________________
0 Comments