fbpx

Ledakkan Potensi Diri Dengan SPIES

Syukur… saya akan berkongsi ilmu SPIES bersama pelajar-pelajar tingkatan 5 seluruh selangor nanti di bawah Program Tuisyen Rakyat Selangor. Sempena itu, kerja-kerja membina dan memantapkan modul ini sudah saya mulakan hari ini.

SPIES adalah akronim bagi 5 unsur kecerdasan utama iaitu :

S : Spiritual

P : Physical

I : Intelek

E : Emosi

S : Sosial

Di dalam artikel ini, saya ingin kongsikan tentang kecerdasan SPIRITUAL, yang menjadi tonggak utama antara 4 kecerdasan yang lain. Apakah yang dimaksudkan dengan Kecerdasan Spiritual (kerohanian) ?

Kecerdasan Spiritual ialah di mana kita mempunyai kesedaran bahawa setiap sesuatu yang kita lakukan adalah kerana Tuhan kita. Setiap perkara yang kita jalani dalam hidup ini kita akan pastikan ianya ada kaitan dengan nilai-nilai agama.

Dalam erti kata lain, Kecerdasan Spiritual (SQ) adalah pencarian manusia akan makna hidup dan merupakan motivasi utama dalam hidupnya. Kemahiran SQ ini  adalah apabila sikap dan hidup arif dan bijak secara spiritual yang cenderung mengisi lembaran hidup kita menjadi lebih bermakna dan bijak.

Nilai Spiritual amat penting di dalam diri kita. Kerana adanya nilai spiritual dalam diri kita. Kita mampu untuk berakhlak baik dan berbudi pekerti yang mulia. Tanpa nilai ini, kita mungkin akan berperangai seperti beruk atau kera sumbang.

Semoga penjelasan ringkas Kecerdasan Spiritual ini bantu membuka minda kita semua.

Sekian..Salam… (^_^)

 

Syed Faizal S. Rahman

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.