fbpx

Ledakkan Potensi Diri dengan Kecerdasan Fizikal

Salam rahmat buat pembaca semua, apa khabar. Harap anda semua sihat-sihat belaka.

Apabila saya berkata “harap anda semua sihat.” Ini bermakna ianya berkait rapat dengan Kecerdasan Fizikal.

Kecerdasan Fizikal di sini bermaksud kemampuan kita untuk memberi respon secara bijak kepada tanda-tanda kecil atau tidak jelas yang diberikan oleh tubuh badan kita. Saudara-saudari semua, kesihatan tubuh badan amat penting untuk kita pelihara. Tanpanya akan sukar untuk kita jalani kehidupan kita di dunia ini.

Antara tips yang ingin saya kongsi di sini untuk menjaga Kecerdasan Fizikal ialah :

  1. Jangan Merokok
  2. Kebersihan Mulut
  3. Bersenam

 

Jangan Merokok

Tahukah kalian, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Jika dulu ketika Rasullullah s.a.w masih hidup. Jika baginda berkata HARAM. Pasti kita sebagai umatnya akan turut jua. Namun zaman sekarang ini. Baginda sudah tiada. Namun baginda berpesan bahawa waris aku adalam para alim ulama. Maka dengan ini, kita wajiblah taat pada fatwa para alim ulama. Jadi mengapa kita tidak akur pada fakta ini. Mengapa masih merokok? Bukankah rokok membawa padah!

Tepuk dada tanyalah iman. (Nilai Spiritual)

Pada waktu yang sama. Merokok juga menjadikan paru-paru kita yang bersih menjadi hitam. Seterusnya menjadikan keupayaan Fizikal kita menjadi lemah. Lihatlah gambar di bawah ini. Nilailah sendiri dengan mata akal anda sendiri. ( Kecerdasan Intelek)

 

Kebersihan Mulut

Antara cara yang boleh digunakan untuk bersihkan mulut ialah dengan bersiwak/bersugi. Amalan bersugi sangat dititik beratkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Sabda Baginda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Komposisi Siwak mempunyai kesan sebagai berikut: (Tubaishat et al 2005):

  1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran), juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
  2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik dari gigi.
  3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
  4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
  5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
  6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi gingiva.
  7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
  8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
  9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
  10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva stimulating.
  11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi dari karies.
  12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
  13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl) dan thiocyanate (SCN).

 

  Cara Rasulullah SAW bersiwak adalah sebagai berikut:
  1. Berdoa sebelum bersiwak. Salah satu do’a yang dicontohkan Rasulullah SAW adalah: “Allahumma thahhir bissiwaak Asnaaniy, wa qawwiy bihi Litsaatsiy, wa afshih bihi lisaniy“, yang artinya “Wahai Allah sucikanlah gigi dan mulutku dg siwak, dan kuatkanlah Gusi gusiku, dan fashih kan lah lidahku”
  2. Memegang siwak dengan tangan kanan atau tangan kiri (ada perbedaan pendapat tentang hal ini) dan meletakkan jari kelingking dan ibu jari dibawah siwak, sedangkan jari manis, jari tengah, dan jari telunjuk diletakkan di atas siwak.
  3. Bersiwak dimulai dari jajaran gigi atas-tengah, lalu atas-kanan, lalu bawah-kanan, lalu bawah-tengah, lalu atas-tengah, lalu atas-kiri, lalu bawah-kiri. Jadi seperti angka 8 yang ditulis rebah
  4. Langkah ke-3 di atas dilakukan 3x putaran;
  5. Selesai bersiwak, mengucapkan hamdalah, “Alhamdulillah“.

 

Bersenam

Bersenam merupakan cara paling terbaik untuk menjaga tubuh badan kita. Namun mengikut peredaran zaman sekarang ini. Agak sukar kadang-kadang untuk kita bersenam. Berikut merupakan 5 tips yang boleh kita lakukan.

Tip 1 – Bersenam Bersama yang Tersayang

Bagi mereka yang sudah mempunyai isteri atau suami, maka rajin-rajinkan diri untuk ajak si dia untuk bersenam selepas pulang dari kerja, atau rancang jadual mingguan untuk beriadah di taman permainan atau mana-mana pusat riadah.

Apa yang penting di sini adalah memastikan aktiviti yang kita lakukan dapat mengeluarkan peluh. Dalam masa yang sama, kita dapat mengeratkan hubungan yang lebih baik.

Bagi yang masih belum mempunyai suami atau isteri, kita boleh ajak rakan-rakan karib, atau adik beradik untuk melakukan aktiviti seperti bermain badminton, joging, layang-layang dan sebagainya.

Tip 2 – Bersenam Ketika Menonton Televisyen

Terdapat beberapa jenis senaman ringan yang boleh dilakukan, meskipun kita sedang menonton televisyen di rumah pada waktu petang. Melissa Ironside mencadangkan agar kita melakukan sit-up, atau melakukan rengangan badan ketika sedang menonton rancangan kegemaran.

Tip 3 – Guna Psikologi MP3

Berdasarkan pengalaman Glenda menurunkan berat badan sebanyak 197 paun, beliau menyatakan gajet mp3 memainkan peranan besar untuk memastikan beliau terus bersemangat, ketika melakukan senaman.

Ini kerana lagu-lagu yang dimainkan secara tidak langsung mempengaruhi beliau, untuk terus bersenam meskipun sudah letih.

Bagi yang berkemampuan, kalian boleh menggunakan gajet MP3 berkualiti tinggi seperti iPod, keluaran syarikat Apple. Ini kerana iPod menyediakan pelbagai fungsi senaman yang efektif menerusi apps, selain menyediakan pemain muzik yang berkualiti tinggi.

Tip 4 – Jalan Kaki Ke Kedai Runcit yang Berdekatan

Jika terdapat kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah, kita boleh melakukan senaman mudah dengan pergi ke kedai runcit dengan berjalan kaki. Ini secara tidak langsung dapat mengeluarkan sedikit peluh.

Pastikan barangan yang ingin dibeli tidak terlalu berat, atau ia akan menyukarkan pergerakan kita ketika mahu pulang. Contohnya, kita boleh berjalan kaki ke kedai runcit jika mahu beli barang-barang yang ringan seperti ubat gigi, susu tepung, kelapa parut dan sebagainya.

Tip 5 – Senaman Paling Mudah – Regangkan Badan Setiap Jam

Bagi yang masih mempunyai alasan untuk tidak melakukan senaman, tip yang terakhir ini dapat membantu kita semua untuk bertindak serta merta. Setiap jam pastikan kita bangun dari kerusi dan lakukan regangan pada tubuh badan.

Kelima-lima tip di atas adalah mudah untuk dilakukan, meskipun kita tidak mempunyai banyak masa. Perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah bertindak hari ini. Semoga entri ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kalian, untuk merancang aktiviti senaman mulai sekarang.

 

Semoga bermanfaat semua. Salam Kecerdasan Fizikal dari saya.

Syed Faizal S. Rahman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.