fbpx

Pada 15 – 17 November 2022, Dr. Syed Faizal dengan kerjasama Syarikat Infunity Learning Training & Consultancy Service dan Construction Industry Development Board (CIDB) telah menjalankan Kursus Seni Komunikasi Berpengaruh, Berkarisma dan Persuasif untuk Tenaga Pengajar yang hadir dari Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Di dalam kursus ini Dr. Syed Faizal telah berkongsi Teknik Creating Learning State, Teknik Metafora, Teknik 4 Penjuru dan hasil kajian PhD beliau sendiri iaitu Teknik Bahasa Badan Berpengaruh secara langkah demi langkah kepada para pengajar semua.

Selama 3 hari mereka diajar teknik-teknik tersebut dan seterusnya mereka perlu demonstrasi pula teknik yang telah dipelajari.

Syukur kursus ini telah mendapat respon yang amat baik sehinggakan ada beberapa wakil pegawai dari Jabatan Sumber Manusia hadir untuk melihat dan menilai menerusi kaca mata mereka sendiri. Seterusnya Dr. Syed Faizal dijemput sekali lagi bagi melaksanakan kursus ini pada bulan Disember 2022 nanti.

 

Semoga bermanfaat.

 

#DrSyedFaizal #DrKomunikasi #Kepimpinan #Komunikasi #KecerdasanEmosi #BahasaBadan 


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.