Alhamdulillah, saya bersama CPIC Puan Raihan telah menjayakan Kursus Pengucapan Awam bersama Kaunselor & Sukarelawan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 6 May 2015 yang lalu.


Kursus ini dijalankan selama 2 hari. Saya telah berkongsi 4 SeniBicara (Bicara Minda, Bicara Badan, Bicara Soalan & Bicara Sensori) yang diperlukan oleh seseorang untuk “Engage” dengan audien mereka. Syukur mereka berpuas hati dan seronok bersama kami.
Terima kasih kepada Puan Raihan kerana sudi menjadikan saya salah seorang Anggota Keluarga AWAKEN TRAINING & CONSULTANCY bagi menjayakan program ini.
Berikut merupakan maklumbalas peserta :
Program ini amat membantu saya agar menjadi orang yang berkeyakinan dan bersedia dengan apa-apa juga cabaran dalam tugasan.- Haryati Kamarudin, Pusat Kaunseling MAINS
Jika boleh untuk Kaunselor MAINS harus dipanjangkan tempoh kursus ini supaya maklumat dan pengajaran dapat diperincikan lagi.- Che Rozita Che Rahman
Program ini amat bagus.- Puan Aminah Nor Bt. Ujang, Penolong Kaunselor MAINS
Pengisian yang padat, pelbagai dan tidak membosankan kerana pengisian praktikal dan menghiburkan. – Cik Fatin Fatehah Jamaluddin, Sukarelawan MAINS.
Program ini membantu saya menjadi seorang Kaunselor yang baik semasa berhadapan dengan klien yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ataupun semasa membuat program dengan pelbagai sektor atau agensi. Program ini juga membantu saya untuk lebih yakin, berani dan positif. – Che Som Bt. Omar, Kaunselor MAINS
Pembentangan input yang cukup berinformasi dan padat dengan merangkumi teknik pengucapan yang berkesan, ditambah lagi penceramah menampilkan dengan sentuhan & tenaga yang maksimum bagi menjelaskan sesuatu tajuk yang dikupas.- Fadilah, Kaunselor MAINS
Kepada Guru dan mereka yang terlibat dalam pembentangan adalah disyorkan untuk hadir ke Program SeniBicara Pengucapan Awam untuk mempelajari Gaya & Teknik.- Mahadi B. Ali, Kaunselor MAINS
InsyaALLAH akan cuba meningkatkan prestasi ceramah saya dengan teknik yang bagus dari Awaken Training & Consultancy. – Ibrahim, Sukarelawan MAINS
Saya rasa berpuas hati dengan Bengkel SeniBicara Pengucapan Awam ini. Saya akan mengesyorkan kepada jabatan lain untuk mengikuti program ini ataupun program lain. Terima kasih diatas penyampaian yang diberi. – Roziana Bt. Kamaruddin, MAINS cawangan Rembau
One of the BEST PRESENTER i’ve ever met and every single slides and notes is very informative and attractive. Mr Syed You’re Awesome!!! Overall you are the best!!!- SMI, Sukarelawan Dakwah, MAINS.
Program ini dapat melatih saya untuk lebih yakin dan dapat menarik perhatian audien untuk beri lebih perhatian. – Rafiyuddin B. Ramli, Sukarelawan MAINS
Program yang sangat memberi kesan mendalam terhadap peserta tentang cara-cara mengendalikan pengucapan awam kepada audien. – Khairul Niza B. Mohd Salleh, Kaunselor MAINS Cawangan Rembau.
Program sebegini amat baik untuk pembangunan skil individu dalam memperkasa diri untuk menjadi seorang Presenter yang hebat. Penyampaian yang berkesan dan bermakna. Tuan Syed Faizal memang best!!! Terima kasih. – Muhammad Fadhil, Sukarelawan Dakwah, MAINS
Program yang sangat baik untuk individu yang ingin membuat penambahbaikan terhadap Teknik Berucap. – Nur Azizah Bt. Abdul Aziz, Eksekutif Latihan, MAINS
Program sangat bagus, penyampaian yang tidak membosankan. Mudah difahami. – Ayu, Sukarelawan MAINS.
Teruskan membantu masyarakat melalui penyampaian yang bermakna dan berkesan. – Mohd Hatta B. Othman, Penolong Kaunselor, Pusat Kaunseling MAINS
Sungguh berkesan untuk pembelajaran. – Aini Bt. Mokhtar, Pelajar MAINS
Jurulatih sangat happening. Mudah difahami dan sangat sesuai kepada pelatih-pelatih muda. – Norzilah, Pelajar Persijilan MAINS
Terbaik yang perlu dilalui dan merasainya sendiri. Ubah diri melalui ATC. – Hafizhah Harun, Pelajar Kompleks Sa’adah, MAINS.
Ini pula maklumbalas dari
KETUA EKSEKUTIF PUSAT KAUNSELING MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (^_^)
Program yang dikendalikan oleh seorang Penyampai yang mempunyai Kemahiran Penyampaian yang diperlukan oleh peserta. Teknik yang dipelajari dapat membantu peserta untuk pengurusan penyampaian yang lebih berkesan dan mengesani pendengar. Tahniah. – Norazman B. Amat, Ketua Eksekutif Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Semoga bermanfaat buat mereka dan ummah ini. (^_^)