fbpx

KURSUS BEST LEADERS @ JABATAN PERDANA MENTERI (SIRI 1 – 4)

Alhamdulillah, Syarikat SYEDFAIZAL TRAINING & CONSULTANT telah terpilih bagi menjayakan 4 Siri Kursus Pembangunan Kepimpinan Personel ICT, anjuran MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.

Siri 1 hingga 4 ini telah dijalankan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya selama 5 hari. Setiap siri bermula hari Isnin 8.30 pagi hingga Jumaat 12.30 tengah hari. Para peserta terdiri daripada Pegawai Kerajaan Gred 52 dan 54.

Pada mulanya saya sangka peserta saya ini hanyalah pegawai atasan biasa sahaja (bukan berjawatan besar). Maklumlah saya tidak mempelajari gred-gred kakitangan kerajaan sangat sebelum ini walaupun pernah bercita-cita menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

Jadi… saya kendalikan program ini seperti biasa sahaja. Di hari akhir siri – 1 selepas saya mendapatkan maklumbalas peserta semua. Saya amat terkejut. Kerana peserta saya ialah bos-bos belaka… hahaha…. mereka terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Pengarah dan ada juga Ketua Seksyen.

Satu pengalaman indah bagi saya dan pasukan Best Leaders saya. Semoga segala perkongsian, ilmu dan teknik yang dicurahkan bermanfaat buat para pegawai semua. InsyaALLAH. Berikut merupakan beberapa testimoni yang diberikan oleh mereka.

 

 

Untuk sebarang urusan pertanyaan tentang program atau jemputan boleh Whatsapp terus di nombor 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.