fbpx

KiDS PRESENTER | 3 CARA MELATIH PENGUCAPAN AWAM ANAK ANDA

Saya percaya setiap anak mempunyai bakat dalam gelanggang PENGUCAPAN AWAM. Syaratnya ialah, mereka perlu di dedahkan seawal mungkin dalam dunia berucap.

Mengapa saya berkata begini ialah kerana lihat sahaja anak-anak apabila mereka “EXCITED” perasan tak, mereka berani untuk bercakap depan orang, berani berdegil untuk dapatkan apa yang mereka mahu, berani untuk luahkan perasaan marah mereka. (Lihat secara Positif)

Sayangnya sikap atau perangai ini hilang apabila mereka semakin membesar. Sama sahaja seperti kita.  PERASAN ?

screen-shot-2016-10-09-at-4-18-33-pm

 

Mahukah anda melihat anak anda jadi seperti itu ? Tentu tidak bukan. Jadi sudah tiba masa untuk anda melatih anak anda menjadi lebih berani secara Profesional di pentas pengucapan awam.

Pengucapan Awam amat penting buat setiap anak kerana sepanjang hidup mereka. Mereka akan berkomunikasi, mempengaruhi dan membentang pada orang lain. Secara Profesional atau Sosial. Ramai orang dewasa akan takut apabila diminta berucap atau membentang.

Anak anda boleh atasi sikap ini dengan mendedahkan mereka kepada ilmu pengucapan awam. Apabila mereka sudah biasa dengan pengucapan awam mereka akan membesar dengan lebih berani dan menjadi seorang Komunikator yang hebat. insyaALLAH.

Screen shot 2014-12-03 at 11.02.50 PM

3 CARA MELATIH PENGUCAPAN AWAM ANAK ANDA :

  1. CERITA KEMBARA : Sepanjang di dalam kereta. Anda boleh bermain dengan anak anda untuk berucap. Minta mereka terangkan apa sahaja yang mereka lihat sepanjang anda memandu. Sebagai tambahan, minta terangkan apa manfaat atau fungsi setiap yang mereka lihat. Ini secara tidak langsung merangsang Kemahiran Kognitif dan Rasionalisasi mereka.

Screen shot 2014-12-03 at 11.02.30 PM

2. PERKATAAN 30 SAAT : Berikan satu perkataan dan anak anda perlu bercakap apa-apa sahaja menggunakan perkataan yang anda beri selama 30 saat. Untuk permulaan tidak perlu terlalu logik. Gila-gila pun tidak mengapa. Contohnya, Perkataan yang anda beri ialah KUCING. Jadi anak anda boleh cakap apa-apa sahaja tentang kucing. “Kucing saya bernama meow, meow suka makan ayam…..bla bla bla” Lepas 30 saat. Anda berikan perkataan lain pula. Untuk lebih seronok. Libatkan diri anda dan pasangan anda juga. Supaya anak anda rasa yang anda sedang bermain dengan dia sekali. Bukan hanya dipermainkan. (^_^)

Screen shot 2014-12-03 at 11.24.35 PM

3.  HAIWAN/OBJEK IMAGINASI : Minta anak anda untuk terangkan tentang haiwan atau objek namun anak anda tidak boleh sebut apakah itu. Anda sebagai ibubapa perlu teka berdasarkan penerangan tersebut. Sebagai Contoh ” Saya suka pada haiwan yang mempunyai empat kaki… haiwan ini mempunyai misai… dia suka sayang pada manusia…. ayah tahu tak haiwan apa ini ?”  Anda mungkin boleh teka haiwan apakah ini ? Jawapannya ialah kucing. Untuk lebih seronok bersilih gantilah lakukan aktiviti ini antara anda dan anak anda.

Semua aktiviti di atas merangsang anak anda untuk menjadi lebih hebat dalam berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan menjadi berani dalam berucap.

Semoga bermanfaat.

=============================================================

BENGKEL KiDS PRESENTER

screen-shot-2016-10-09-at-1-42-03-pm

Tarikh : 26 NOVEMBER 2016 (SABTU)

Tempat : DEWAN SYARAHAN, PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Yuran Asal. : RM 150 (seorang)

Yuran Promosi Daftar Berdua : RM 99 (Seorang)

Jangan lepaskan peluang ini. Whatsapp untuk Pendaftaran :

012 – 929 6482 (Cik Asmah)

012 – 929 6482 (Cik Asmah)

012 – 929 6482 (Cik Asmah)

*Sekiranya anda mahu anjurkan bengkel ini di tempat anda. Hubungi terus Jurulatih Utama Kumpulan Best Belajar™ Malaysia 019 – 211 12 85 ( Syed Faizal )

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.