fbpx

Kerjaya : Bina Keyakinan untuk Temuduga

 get it right 6.163

 

Antara perkara yang menghantui ramai graduan sewaktu temuduga ialah Lemahnya Tahap Keyakinan pada diri sendiri untuk menghadiri temuduga. Lebih menyedihkan lagi ialah Sikap Tidak Percaya pada kemampuan diri sendiri.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk bina keyakinan diri sewaktu menghadiri temuduga ialah :

timemachine

1. Jadilah Diri Sendiri.

  • Dalam pepatah bahasa inggeris. “Just Be Yourself“. Apabila kita menjadi diri kita yang seadanya, kita akan berasa selesa. Usahlah menjadi terlalu sempurna dan mengkagumkan penemuduga kita. Ini kerana apabila kita sudah terima kerja yang kita mohon. Kita akan menunjukkan diri kita yang sebenar sewaktu bekerja nanti.

2. Lihat Wajah Penemuduga.

  • Ramai graduan tidak berani melihat mata penemuduga mereka. Untuk itu, cuba latih diri untuk lihat wajah mereka sahaja. Mungkin kawasan dahi atau dagu. Apabila sudah selesa. Sekali sekala lihat mata mereka. Apabila ada “Eye Contact“. Penemuduga akan tahu, yang kita mempunyai sifat yakin pada diri. Walaupun mungkin jantung kita sedang berdegup kencang.

3. Selidik Latar Belakang Syarikat / Deskripsi Jawatan

  • Sebelum menghadiri temuduga. Selidik dan dapatkan maklumat sebanyak mungkin berkenaan syarikat, pengasas, pengarah, jabatan-jabatan yang ada dan deskripsi jawatan yang kita mohon.
  • Dengan mengetahui serba sedikit. Ianya umpama kita memenangi sesebuah peperangan. Bak kata pepatah “Art of War Sun Tzu : Knowing is Half of Battle

Semoga bermanfaat buat para graduan semua…

Get it RiGHT
Syed Faizal
19 April 2013

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.