fbpx

KAPSUL NLP : SELF-ANCHORING

Sauh pada diri sendiri (Self-Anchoring) digunakan untuk mendapatkan beberapa jenis tindak balas emosi kepada sesuatu yang anda lakukan atau katakan. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan seseorang tersenyum secara tidak sedar apabila anda menyentuh bahu mereka.

Screen shot 2014-10-21 at 3.43.51 PM

Teknik ini amat berguna kerana anda  dapat mengubah perasaan anda secara spontan dan perkara ini membantu dalam banyak keadaan, terutamanya apabila anda berasa tidak selamat atau kesal. Anda hanya perlu sauh (anchor) respon emosi yang positif dan aktifkan sauh ini apabila anda memerlukannya dalam sesuatu keadaan.

Berikut merupakan kaedahnya :

1. Kenal pasti apa yang anda mahukan, gembira, berani, cekal, semangat yang tinggi atau apa-apa keadaan emosi.

2. Lakukan apa-apa sahaja yang membolehkan anda mencapai keadaan emosi ini. Gerakkan badan anda. Bahasa badan dapat memainkan peranan yang besar di sini. Contohnya, duduk dengan tegak dan bersemangat, berdiri dengan tegap, senyum atau mengingati kembali perkara-perkara yang membuatkan anda bersemangat.

3. Apabila anda merasakan anda sudah mencapai atau berada dalam keadaan emosi yang anda mahukan itu. Bayangkan di hadapan anda terdapat lingkaran atau bulatan yang sedang berasap. Bayangkan asap itu sebenarnya adalah energi atau kuasa positif yang berbentuk asap (usah bersikap skeptikal. Bayangkan dan layankan aje). Masuk ke dalam lingkaran/bulatan itu dengan lafaz bismillah. Apabila anda berada dalam bulatan itu. Rasakan diri anda cukup bertenaga, bersemangat dan sedang menghayati perasaan emosi yang anda mahukan itu. Rasakan diri anda sedang mandi dengan asap kuasa positif atau tenaga tersebut.

4. Sekarang keluarga dari bulatan itu dan fikirkan perkara lain yang langsung tiada kaitan dengan emosi atau perasaan yang anda mahukan tadi.

5. Selepas beberapa minit. Masuk kembali ke dalam bulatan itu dan  rasakan kembali apa yang anda rasakan di langkah 2 dan 3 tadi. Sekiranya anda dapat rasakan dan hadirkan perasaan ini. Anda sudah berjaya. Jika tidak. Lakukannya beberapa kali sehingga anda berjaya.

 

Nota Tambahan : Ketika anda merasakan sudah mencapai emosi yang anda mahukan itu. Anda juga boleh “Self-Anchor” dengan petik jari, sentuh badan, tepuk atau hentak kaki atau mana-mana yang anda rasakan selesa untuk lakukan. Tindakan ini sebagai kunci buat anda.

Apabila anda menjalani kehidupan seharian seperti biasa.  Anda boleh petik jari atau mana-mana kunci tersebut bagi merasakan atau kembalikan perasaan itu.

Semoga bermanfaat.

Screen shot 2014-10-01 at 12.28.21 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.