fbpx

Kapsul NLP : DISSOCIATION (Pemisahan)

Amat mudah untuk kita bertindak balas terhadap sesuatu yang negatif dan kemudian menjadi tertekan atau kecewa mengenainya. Sebagai contoh, jika pasangan anda membuatkan anda stres dan anda marah sebagai tindak balas. Anak anda tidak mengikut arahan dan anda meletup sebagai tindak balas.

Screen shot 2014-10-15 at 9.29.27 PM

Di dalam NLP antara alat yang digunakan bagi mengubah emosi seseorang itu ialah dengan alat “DISSOCIATION” atau dalam bahasa melayu pemisahan. Dalam dunia NLP banyak ‘term-term’ yang digunakan yang mana jika kita terjemahkan kepada bahasa melayu bunyinya agak pelik sedikit. But it’s ok. Layan je…. (^_^)

Untuk melakukan proses Dissociation. Berikut adalah langkah-langkahnya :

1. Kenal pasti apakah emosi yang anda mahu  hapuskan, sama ada takut lipas, keresahan terhadap orang atau tidak suka pada sesuatu tempat.

2. Lihat diri anda sedang menghadapi keadaan yang anda tidak suka itu dari awal hingga akhir sebagai pemerhati. Maksudnya lihat perkara ini sedang berlaku dalam minda anda sambil tutup mata dan bayangkan diri anda sebagai orang ketiga.

3. Mainkan filem ini dalam mental anda dari belakang ke depan kemudian depan ke belakang semula. Ketika proses ini berlaku. Cuba lihat apakah perkara ini benar-benar menggangu anda ? Bagaimana suasana ketika itu ? Apakah perasaan anda ?

4. Mainkan lagi filem ini dalam minda anda sambil menambah bunyi atau muzik yang lucu dan reaksi yang lucu dari perkara/orang yang anda tidak suka itu. Lakukan ini beberapa kali.

5. Sekarang cuba lihat dalam fikiran anda perkara atau situasi yang sama seperti itu berlaku kepada anda sekarang. Emosi terhadap rangsangan sepatutnya hilang atau diubah atau berkurangan. Jika anda masih berasa beberapa jenis emosi yang negatif, terus ulangi latihan ini sehingga emosi negatif anda hilang sepenuhnya.

Teknik yang saya kongsikan di sini adalah berstruktur dan anda mungkin nampak ia seperti main-main. Namun jika anda ambilnya secara serius. Saya yakin anda akan rasa kesannya. Sewaktu saya kecil sehinggalah sebelum saya pelajari rahsia dan teknologi NLP. Saya secara tidak sedar akan lakukan perkara ini. Cumanya tidaklah berstruktur (step by step) dan  unsur muzik lucu semua itu.

Saya cuma akan bayangkan dan berkata pada diri saya “Apalah sangat yang nak dimarahkan. Hidup ini sementara je. Biorr leee…”

Rupanya kaedah yang saya gunakan memang ada teknik yang betul dan struktur yang cantik untuk diaplikasikan. Kini… nah!! saya kongsikannya.

Semoga bermanfaat buat anda!!

Screen shot 2014-10-01 at 12.28.21 AM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.