fbpx

KAPSUL NLP : Content Re-Frame

Teknik NLP (Content Re-Frame) ini sangat bermanfaat buat anda apabila anda berada dalam situasi yang membuatkan diri anda merasa tidak berdaya, marah atau apabila sesuatu yang negatif berlaku kepada anda.

Screen shot 2014-10-16 at 8.23.03 PM

 

Teknik ini mengubah makna akan keadaan yang membuat anda berfikir tentang hal itu sehingga dapat melihatnya dalam bentuk yang berbeza. Dalam erti kata lain, ia membolehkan anda untuk meletakkan isi keadaan di bingkai yang berbeza.

Sebagai contoh, jika anda baru sahaja dipecat dari kerja anda. Tentu ia merupakan pengalaman yang sangat buruk. Namun jika anda bersedia untuk melihat aspek-aspek lain contohnya kerana anda kehilangan pekerjaan. Anda kini mempunyai peluang untuk jawatan yang lebih baik di tempat lain dan anda boleh meneroka pelbagai jenis bidang kerja yang boleh membawa anda mengembangkan kemahiran anda yang sedia ada atau lain.

Pengalaman ini juga akan menguatkan anda dan anda akan menjadi orang yang lebih berani. Dan apabila anda melihat kembali pada kejadian ini selepas 10 tahun, anda hanya akan ketawa mengenainya. (Percayalah… saya sudah laluinya)

Dalam contoh ini, saya hanya merangka (membingkai) semula kandungan dari apa yang telah berlaku. Saya telah mengubah pandangan anda tentang situasi tersebut dan tidak  fokus pada aspek-aspek yang tidak baik. Ini membolehkan anda melihat keadaan yang telah berlaku sepenuhnya dari aspek yang lain. Ini juga memudahkan untuk membuat keputusan yang lebih baik kerana tumpuan diberikan kepada aspek-aspek yang baik.

Apa yang orang biasanya cenderung untuk lakukan dalam situasi yang tidak terduga ini ialah panik dan berfikir berdasarkan ketakutan. Ini hanya akan membawa anda lebih banyak masalah dan kegagalan.

Anda perlu mengambil tumpuan anda daripada aspek-aspek negatif  dan mencari manfaat dari keadaan yang berlaku. Selalunya orang alim ulama’ akan memberitahu carilah hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Maka tidak hairanlah mengapa mereka selalu memberitahu perkara ini. Sememangnya ada hikmah yang besar.

Semoga bermanfaat.

Screen shot 2014-10-01 at 12.28.21 AM

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.