fbpx

Indah Hati Indah Hidup


Sesekali mata saya terpandang keluar dari jendela tingkap bilik pejabat saya. Mata saya tertangkap dengan kehijauan pokok-pokok yang diciptakan oleh ALLAH. Sungguh hebat pencipta kita. Kemudian mata saya dapat melihat juga langit kebiruan yang tenang.

Semuanya nampak indah kerana kita dapat merasa dengan hati kita. Marilah kita indahkan hati kita supaya hidup ini menjadi indah. (^_^). Praktiskan diri kita untuk melihat perkara-perkara yang cantik, mendengar perkara-perkara yang cantik, berbicara perkara-perkara yang berfaedah, membaca perkara-perkara yang menambah ketajaman akal.

Kita juga boleh mengindahkan hati kita dengan melakukan aktiviti ibadah. Janganlah biarkan hati kita menjadi buruk atau buta seperti mana firman Allah dalam surah al-Isra ayat 72 yang bermaksud :

“Dan siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya.”

moga-moga kita memiliki hati yang indah supaya hidup kita akan menjadi indah juga.

to be continued ……

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.