Alhamdulillah, diberi peluang untuk berkongsi motivasi & bimbingan IBUBAPA BEST bersama para ibubapa kepada pelajar tahun 6 di SK Taman Maluri.
Seronok dapat berkongsi tips-tips parenting skills bersama ibubapa. Sewaktu saya mendapat jemputan untuk memberi ceramah kepada golongan dewasa suatu ketika dulu saya akan sentiasa tolak kerana beranggapan saya tidak layak untuk berkongsi dengan orang dewasa. Namun apabila memasuki tahun 2014. Saya memasang azam baru untuk keluar dari zon selesa. Dan… Alhamdulillah, ternyata anggapan saya salah selama ini… berkongsi bersama orang dewasa seronok juga rupanya jika kena pada caranya…. (^_^)
Semoga bermanfaat buat para ibubapa di SK Taman Maluri.
0 Comments